Too
Mode PVP bertemakan Mesir Kuno! Hensem kan?

Dengar khabar, Trials of Osiris di dalam Destiny nih antara mode yang paling mencabar! Apakebendanya Trials of Osiris (ToO) nih? Jom kita tengok macamana penulis jemputan kita, Fadzli Razak (Kamenrimau) sekolahkan kita dalam ilmu-ilmu ToO!

SO, APA KEBENDENYE ToO NIH?

ToO adalah salah satu end-game content di dalam DLC House of Wolves yang dikeluarkan beberapa bulan lepas. Ianya merupakan salah satu mode PVP 3v3 di dalam Crucible – di mana korang perlu menewaskan pihak guardians lawan dalam 5 pusingan (first to 5 wins).

Too2 (2)
Posing sikit!

MACAM IRON BANNER LAH, KAN?

Yup! Macam Iron Banner, kesemua weapons dan armor korang akan berada pada potensi damage/defense yang sebenar – bukan dinormalise seperti di dalam mode Crucible biasa! Cumanya, kalau korang mati in-game, korang tak boleh re-spawn! Kenela tunggu member korang revive dengan penuh hati-hati!

trials2
Hep..Hepp..Masuk la kalau berani!

Kalau korang berjaya menang 5 round tu, korang akan kembali ke orbit – matchmaking akan diteruskan bagi mencari fireteam lawan yang lain. Ini berterusan sehinggalah anda berjaya memenuhkan repot kad korang dengan kemenangan secukupnya bagi claim reward dari Brother Vance, vendor ToO di Vestian Outpost, Reef.

OMGWTFBBQ REPOT KAD?

Hahaha, yup. Teruskan membaca!

OK, OK! SO, APA YANG BEST SANGAT ToO NIH?

Dengan setiap kemenangan pada repot kad korang, korang akan dapat unlock dan membeli barang-barang yang di bawa Bro Vance pada minggu itu. Item-item macam set weapon dan armor yang eksklusif pada ToO boleh korang beli! Kalau nasib korang baik, korang juga boleh mendapat Exotic di dalam Loot Chest di Mercury!

3
Set armor & weapon Osiris yang awesome gila!

MERCURY? PLANET MERCURY TUH?

Yup! Kalau repot kad korang mencatatkan 9 perlawanan tanpa kalah (flawless), sebuah location baru akan dibuka, yang akan membawa korang ke Lighthouse, Mercury! Kat situ nanti, korang boleh bukak Loot Chest dengan random rewards, weapon/armor Osiris dan juga Exotics!

4
Gadis-gadis Awoken di Reef bisa cair tengok abang-abang sado Flawless!
6
Hey hotstuff, sila minum air secukupnya sebelum mendarat di Lighthouse!
5
Jangan jeles Cik Salmah! LOL

GILEBES! SO, MACAMANA NAK MULA BER-ToO?

Pertama sekali, korang kenelah dapatkan repot kad ataupun nama glemernya ‘Trials Passage’ dari Bro Vance! Then tunggu apabila ToO direset – biasanya bermula setiap Sabtu, 1 pagi (waktu Malaysia) sehinggalah hari reset pada Selasa, 5 petang yang berikutnya. Then ajak kengkawan korang yang terer dan lejen untuk bermain ToO.

2
Setiap minggu Bro Vance akan bawak barang ToO yang berbeza.

SO, APA TUNGGU LAGI! JOM KITA BER-ToO!!!

Nanti dulu! Dengar cambest kan? Tapi tak semudah itu untuk sampai ke Lighthouse! ToO adalah mode PVP yang paling competitive! Semua Guardian otai-otai lagi sharpshooter memang gian nak teabag sesape yang lalai, leka dan lembap skillnya.

17
Mana la si Titan nih? Main Bubble sorang-sorang la tuh!

ALAMAK! SO ANY TIPS NAK SURVIVE DALAM ToO?

Sure! Ni antara beberapa basics yang boleh membantu korang dalam arena ToO. Results may vary, so gunapakai tips nih dengan bijaksana ye kawan-kawan:

1. Persediaan Light Level Maksima

Pastikan anda sekurang-kurangnya level 33-34 sebelum terjun ke dalam ToO kerana perbezaan level akan menentukan tahap kekebalan korang terhadap serangan pihak lawan nanti. Jangan buat kelakar terjun masuk ToO dengan level rendah, melainkan korang nie jenis fetish suka kena belasah.

2. Armor Dengan Perk Yang Betul

Seeloknya, korang pakai armor Exotic yang ada perk Fast Revive – sebab kebarangkaliannya agak tinggi korang akan mati, dan time to revive yang pantas amatlah penting! Hunter dan Titan ada Crest of Alpha Lupi dan Warlock ada Light Beyond Nemesis.

9

3. Weapon

Bawaklah weapon dengan time-to-kill (TTK) yang laju! Senjata primary PVP feveret dengan TTK paling best adalah handcannons – Thorn, The Last Word & Hawkmoon. Kalau taknak bazir slot ni dengan Exotic, carilah Hopscotch Pilgrim – pulse rifle OP masakini!

10
Nota: Ini hanyalah cadangan – sejujurnya saya tak suka Thorn, kerana ianya masih terlalu overpowered (OP).

Untuk special weapon – kalau korang feeling sniper hebat, pakailah sniper rifle dengan perk Final Round – one-hit-kill punya (sayangnya Bungie dah buang perk ni dari table reforge sniper rifles)! Shadow of Veils merupakan sniper rifle dengan Aim Assist paling tinggi in-game! Dapatkan daripada mode Prison of Elders or beli dari Variks di Reef.

Kalau korang feeling blink shotty ohsem, carilah shotgun dengan perk Shot Package. Matador 64 dan Party Crasher +1 adalah antara shotgun yang masih drop di dalam Crucible, dan boleh korang reforge untuk perk-perk yang optimum!

11

Untuk heavy weapon, pakailah rocket launcher dengan perk Grenades and Horseshoes yang akan meletop apabila roket melintas berhampiran musuh. Dapatkan Ash Factory dari mode Crucible ataupaun Radegast’s Fury di dalam event Iron Banner untuk direforge.

12

4.Fireteam

Pilihan anggota fireteam juga amat penting dalam ToO – carilah fireteam yang mempunyai pengalaman di Crucible, mempunyai K/D yang konsisten dan mampu berkomunikasi dengan jelas dan tenang semasa bertempur.

13
Korang tak nampak hidung kitorang tengah kembang kempis posing macho tuh..

Elakkan bermain dengan player yang suka membuat keputusan sendiri dan “rambo” – kalau tak korang akan balik ke orbit dengan hampa.

5. Kaji Setup Dan Senjata Musuh

Semasa matchmaking korang jugak boleh usha/inspect setup/loadout pihak lawan di roster menu. Tengok class, subclass dan weapon yang diorang pakai untuk korang susun strategi.

14

Korang jugak boleh gunakan website ini untuk mengkaji playstyle pihak lawan – www.destinytrialsreport.com

15

Tips Dalam Tips
- Kalau pihak musuh guna sniper Final Round yang boleh one hit kill,
macamana korang nak handle?
- Jika musuh menggunakan shotgun, laluan mana yang bagus atau perlu
dielakkan bagi menghindari dari CQC (close quater combat)?
- Adakah Warlock pihak lawan mengunakan Fireborn? Jika ya berhati-hati
jika Warlock tersebut sudah terbunuh.

6. Kenal Map

Kenali dan fahami selok-belok peta ToO – kesemua map ini boleh dimainkan di dalam mode Crucible biasa! Kenali tempat sniper pacak khemah, lorong sempit untuk spam roket, siling tinggi untuk laluan blinkers, head-glitch areas, flagpoint bila overtime, spawn time ammo chest special/heavy dan sebagainya. Semua ini boleh mempengaruhi flow permainan – pastikan fireteam korang aware dan communicate semua benda nih dalam menyusun strategi.

16

7. Jangan Lupa Beli Trial Supplies

Brother Vance jugak ada menjual Trial Supplies yang boleh bantu korang dapatkan kemenangan – Favor of Osiris: Repot kad korang berula dengan 1 kemenangan; Mercy of Osiris: Kekalahan pertama korang takkan dicatat dalam repot kad; Boon of Osiris: Kemenangan berkutnya dikira sebagai 2 kemenangan. Trial Supplies ini boleh korang beli menggunakan Passage Coins. MAna nak dapat Passage Coins? Mainlah Crucible banyak-banyak dan mulalah menabung ye!

8.Strategi Baru Setiap Round

Sentiasa ubah strategi serangan di setiap round – supaya pihak lawan sukar merangka strategi melawan korang. Perancangan sebelum perlawanan, komunikasi dan kerjasama semasa perlawanan – keduanya penting bagi bikin enemy korang pening kepala. Pastikan backup plan turut dirancang, takut kalau nanti plan tak menjadi!

TOO4

9. Gunakan Heavy Ammo Round Sebaik Mungkin

Pastikan fireteam mempunyai pelan yang mudah difahami untuk heavy ammo round. Buat pilihan sama ada korang ingin menyerang pihak lawan ataupun kekal di heavy ammo chest korang. Awas, pihak lawan juga mungkin menggunakan strategi yang sama – hati-hati dengan serangan hendap dari pihak lawan

10. Jangan Bazirkan Super

Pastikan Super korang dipakai pada waktu-waktu terdesak ataupun bagi mendapatkan advantage strategik dan merubah arus perlawanan! Contohnya Fireborn Warlock apabila fireteam mati kesemuanya, Gunslinger/Bladedancer untuk ambush heavy ammo enemy, Bubble Titan untuk over revive/heavy/capture flagpoint dan sebagainya.

20

11. Kekalahan Itu Satu Pengajaran

Pada mulanya korang akan merasa sakit hati kerana asyik kalah, tetapi korang akan perasan yang bertarung dengan player yang lebih kuat akan menjadikan korang player yang lebih baik.

22

OHMAI, SO, KO FREE TAK NAK -EHEM- CARRY -EHEM- KITORANG NIH DALAM ToO?

Sekarang? Jommmmmm! Jumpa korang semua kat orbit, ok?

APALAGI TIPS YANG KORANG TAHU? SHARE LAH DENGAN KITORANG!

SALAM, GUARDIANS!

Comments

comments

  • musezick

    Nice artikel..tapi bagi saya kalo bule elakkan penggunaan final round snipers..x bagus utk mengasah skill..hodoh game kalo sume orang pakai final round..

    • The Radinator

      pasni final round dah xde 1 hit kill. final round effect dia unflinching on final round

    • fadzli razak

      bagilah diorg guna puas2 before kena nerf hahahaha

  • aimanhaziq_

    Musezick. Tunggu update weapon tuning 2.0 final round dah tak berguna. Kita tngok nnti

  • loafr3

    suggest Final Round sniper? Oh god……

    • Fadzli Razak

      tak semua org pandai pakai sniper. so gunakanlah segala apa yang ada untuk meningkatkan peluang kemenangan.

  • Pingback: Destiny: Clan Malaysia Tolong Guardian OKU Flawless dalam ToO! | JomGaming!()