Destiny: Siapa Sini Guardians Otai, Angkat Tangan!

Halo guys! Pada awal tahun 2015, Bungie sudah announced yang diorang akan menyediakan item-item khas buat Guardians yang setia dari Year 1 beta game Destiny dilancarkan. Apa kebendenye yang tersedia untuk kita semua, moh kite tengok trailer baru dari Bungie!

destiny-set-vip-untuk-guardian-guardian-otai-04Set item untuk Guardians ini diberikan nama “Founder’s Fortune Pack” dan mempunyai 4 item yang stylo-mylo, seperti:

  • The Brave Ghost Shell
  • The Be Brave emblem
  • The Old Guard Shader
  • The S-34 Ravensteel Sparrow

destiny-set-vip-untuk-guardian-guardian-otai-01Bungie telah menghebahkan bahawa The Taken King akan memberikan lebih banyak quest dan jalan cerita yang lebih bermakna. So camne nak dapat set item ini? Tentulah melalui quest yang korang kene buat melalui NPC otai-otai seperti Commander Zavala, Eva Levante dan the Speaker.

destiny-set-vip-untuk-guardian-guardian-otai-02So korang mesti nak tahu yang korang ni layak tak nak dapatkan set item ini kan? Ni dia syarat-syarat untuk mendapatkan set item tersebut.

Sebelum 31 Ogos 2015, korang mesti:

  • Dapatkan sekurang-kurangnya level 30 untuk salah satu character.
  • ATAU memiliki The Dark Below DAN House of Wolves

DAN

Tidak lebih 1 Februari 2016, korang mesti:

  • Beli dan main The Taken King.

Senang kan? So apa tunggu lagi, kasi setel syarat-syarat nih lekas!

destiny-set-vip-untuk-guardian-guardian-otai-03So bagaimana Guardians sekalian? Teruja ke tak teruja? Jom tengok apa pembaikkan yang dilakukan oleh Bungie untuk Year 2 Destiny.

Comments

comments