Triumph

Destiny Year One hampir melabuhkan tirai – dan pastinya ramai Guardians yang masih belum mendapatkan Triumph Bane of Skolas di dalam Prison of Elders (PoE) Level 35. Jangan risau, mai sini abang tunjukkan caranya – biar lambat asal selamat! Jom kita belasah Skolas tuh!

Semasa PoE masih mempunyai Elemental damage, Skolas nih kacang aje. Selepas Patch 1.2.0.3, kebanyakan player mula malas nak hadap pakcik nih – sebab dia nih memang susah untuk dibunuh!

1
Ooo, lansi ye! Ko tunggu!

Artikel ini akan memberikan korang tips dan kaedah lambat-tapi-selamat bagi mengalahkan Skolas walaupun korang tidak mempunyai Gjallarhorn!

 

 +++++ PERSEDIAAN +++++

1. FIRETEAM HUNTER, WARLOCK, TITAN

Korang akan memerlukan Warlock Sunsinger, Titan Defender dan Hunter Bladedancer untuk teknik ini.

2
Warlock Sunsinger dengan perk Fireborn.
4
Titan Defender dengan perk Bastion.
3
Titan Defender juga perlu memakai helmet exotic Helm Of Saint-14.

7

6

5
Hunter Bladedancer pulak perlukan perk Stalker, Vanish & Shadowjack. Jangan gunakan Blink, kerana ianya boleh menghilangkan Invisibility korang!

2. JENIS WEAPON WAJIB ADA

Pastikan korang bawak weapon-weapon yang fully upgrade untuk damage yang keras!

Skolas4
Primary weapon terbaik bagi menghadapi Skolas dan anak-anak buahnya!

Gunakan Fang of Ir Yut sebagai Primary Weapon kerana damage output yang konsisten serta Arc damagenya. Kalau tak ada, pakailah apa-apa Primary dengan damage output yang tinggi – tetapi pecahkan Arc Shield dahulu dengan sniper sebelum menggunakan Primary Weapon selain Fang of Ir Yut.

Skolas1
Untuk jarak dekat: Shotgun dengan Arc Damage.

Gunakan shotgun untuk clearkan musuh yang naik di kiri atau kanan platform korang nanti. Penulis cadangkan korang gunakan Found Verdict4th Horseman ataupun mana-mana shotgun Arc Damage yang dah full upgrade

Skolas2
Untuk jarak jauh: Sniper Rifles dengan Arc Damage.

Gunakan weapon jarak jauh ini untuk pecahkan Arc Shield ataupun tewaskan anak-anak buah Skolas. Sniper Rifles yang boleh korang pakai macam Patience & Time or Shadow of Veils. Bagaimanapun, elakkan menggunakan Sniper Rifle semasa menurunkan nyawa Skolas kerana selepas dipatch, pakcik tu tidak lagi Stagger.

Skolas3
Heavy weapon Rocket Launcher dengan Arc Damage.

Kalau ada Gjallarhorn, pakailah. Kalau tak, korang boleh reforge mana-mana Rocket Launchers dan dapatkan Arc Damage. Perk Tracking amat berguna dan elakkan perk Grenades & Horseshoes supaya korang tak bazirkan roket kat anak-anak buah Skolas.

3. DI BILIK MENUNGGU

Pastikan Super charge, heavy ammo reserve fireteam korang penuh sebelum keluar.

9

10
Pastikan juga Heavy Ammo Synthesis di inventory juga telah habis cooldown.

 +++++ JOM PERANG! +++++

PART 1 – BUNUH SERVITOR, BARU ROKET SKOLAS!

Keluar aje pintu, korang semua terus bergerak ke platform di sebelah kanan!

11
Platform bertanda A.

 

Keluarkan shotgun korang dan ready untuk kill Servitor invisible di bawah platform tu.

Tips: Pastikan seorang Leader yang memberikan arahan untuk memudahkan flow permainan.

1213Musnahkan Servitor itu untuk memberikan korang buff damage “Servitor Bond Weakened”.

14
Apabila sampai di platform kanan, pastikan Skolas berada di dalam area bulatan kuning seperti di dalam peta.

Apabila “Servitor Bond Weakened” telah muncul di sebelah kiri skrin korang, semua Guardians boleh mula membedil Skolas menggunakan heavy weapon, kerana Skolas kini lemah sehinggalah countdown “Servitor Bond Weakened” tamat.

14
Perlu diingat, effect “Servitor Bond Weakened” hanya bertahan selama 20 saat!

Jangan membazirkan heavy ammo korang apabila countdown “Servitor Bond Weakened” telah tamat kerana damage yang dikenakan pada Skolas terlalu sedikit.

Korang rilek sekejap di platform kanan itu, sambil membunuh minion-minion Skolas! Jaga-jaga, splash damage tembakan Skolas amatlah merbahaya! Gunakan penghadang di platform itu dan menyoroklah sebaik mungkin. Sambil-sambil tu, pastikan heavy ammo, dan Super charge dipenuhkan.

Tips: Captains, Shanks dan Servitors akan randomly naik ke platform. Setelkan diorang dengan menggunakan shotgun. Bubble Titan juga boleh menjadi penyelamat pada saat sebegini! 

PART 2: BUNUH SERVITOR KE-2, BARU ROKET SKOLAS!

Bila Super charge korang dah penuh, korang boleh proceed untuk bunuh Servitor kedua di kawasan bertanda B dalam peta. Tugaskan seorang Guardian (biasanya Bladedancer invisible) untuk musnahkan Servitor tersebut dan Guardians yang lain get ready untuk belasah Skolas dengan rocket launcher dalam serangan kedua.

15
Servitor ke-2 ini mungkin merayau-rayau. Cari betul-betul.

Tips: Repeat PART 1 dan 2 sehinggalah nyawa Skolas jatuh ke 65%.

Apabila nyawa Skolas mencecah 65%, akan keluar isyarat bunyian seperti rantai putus dan “Servitor Bonds Are Broken” akan muncul di skrin.

PART 3: NYAWA SKOLAS 65% DAN EFFECT DEVOURING ESSENCE

Apabila korang berjaya mendapatkan “Servitor Bonds Are Broken”, korang tak payah lagi pergi mencari Servitor. Sekarang korang boleh mula membedil Skolas tanpa belas kasihan! Tapi takkan lah sesenang itu – effect ””Devouring Essence” akan mula menghuru-harakan suasana!

Guardian yang terkena effect ini akan mati jika “Devouring Essence” ini tidak diserahkan kepada Guardian yang lain sebelum countdown 30 saat itu tamat.

16
Setelah nyawa Skolas mencecah 65%, Skolas akan mengenakan effect “Devouring Essence” pada salah seorang Guardian secara rawak.
17
Communicate apabila timer “Devouring Essence” berada pada 10 saat, supaya member boleh “Absorb Essence”.

Tetapi awas!!!! Selepas Guardian A menyerahkan “devouring Essence” ini kepada Guardian B, Guardian A akan menjadi “Immune” selama 30 saat dan tak boleh nak “Absorb Essence”. Hanya Guardian C yang boleh “Absorb Essence” dari Guardian  B.

Pastikan rotation penyerahan “Devouring Essence” berjalan dengan lancar dan tenang dari Guardian A > Guardian B > Guardian C > Guardian A…dan seterusnya.

Tips: “Absorb Essence” pada baki saat ke-10, dan pastikan korang menyorok sebaiknya semasa proses itu. 

Sambil itu, jangan lupa membedil Skolas dan minion-minionnya. Pastikan nyawa Skolas tidak jatuh ke 50% – sebab pada 50%, next challenge akan bermula!

PART 4: NYAWA SKOLAS 50% DAN OBJEKTIF “DEFUSING SPLINTER MINES”

By the time korang habis membunuh semua minion Skolas, pastikan Super charge dan heavy ammo telah siap sedia. Bersedialah untuk passing “Devouring Essence” pada Warlock.

Apabila “Devouring Essence” berada pada Warlock, semua Guardians mulakan membedil Skolas dengan heavy weapon. Apabila nyawa Skolas telah mencecah 50%, objektif “DEFUSING SPLINTER MINES” akan bermula.

19
Lokasi Defuse Mines bagi W: Warlock, T: Titan, H: Hunter

Pastikan setiap Guardian bergerak ke lokasi Mines yang telah ditetapkan seperti di dalam gambar.

Titan Defender: Gunakan Ward of Dawn dengan segera di lokasi T. Pastikan perk Bastion dan Helm Of Saint-14 digunakan untuk memudahkan kerja.

Hunter Bladedancer: Activate Super untuk bergerak ke lokasi H. Hunter akan bergerak dengan lebih pantas apabila jump dan glide menggunakan butang Slash R1. Setelah sampai di sana H, Hunter hendaklah menggunakan perk ‘Vanish’ invisible. Kembali ke platform W menggunakan perk ‘Stalker’ supaya korang invisible.

Warlock Sunsinger: Tugas Warlock adalah paling penting dan juga yang paling mudah. Warlock perlu kekal di platform kanan bertanda W. Apabila sudah mati dek akibat efek “Devouring Essence”, aktifkan Fireborn untuk hidup semula – dan Dismantle Mines di platform tersebut.

Tips: Warlock Fireborn, cuba hasilkan sebanyak orb yang boleh dengan menembak/bom minions berhampiran platform – untuk memudahkan cooldown Super Hunter dan Titan. Jika terlalu bahaya, menyorok sajalah!

20
Setiap Guardian perlu defuse splinter mine dengan berdiri di bawah mines tersebut.

Selepas defuse semua mines, semua Guardian perlu segera berkumpul semula di platform A dan teruskan membedil minions dan Skolas sehingga nyawanya hampir 25%.

PART 5: NYAWA SKOLAS 25% DAN OBJEKTIF “DEFUSING SPLINTER MINES”

Repeat PART 4 dengan berhati-hati dan Skolas pasti akan menemui ajalnya!!

PART 6: AMBIL REWARD DAN MENARI SEPUAS PUASNYA

21
Seronoknya dapat bukak Chest PoE 35! Pastikan slot inventory bounty, emblem, shader dan ship sedia ada.

 ++++++++++

So macamana? Mudah difahami bukan? Tapi korang kena ingat, ini adalah teknik yang penulis gunakan setiap minggu – dan setakat ini ianya adalah yang paling berkesan. Sehebat manapun teknik ini, korang still perlukan permainan yang berhati-hati, bertenang dan perlukan fokus serta kerjasama setiap ahli fireteam.

So, selamat menjalani Prison of Elders Level 35 dan kirim salam maut sama pakcik Skolas tu ye! Good luck dalam melengkapkan kesemua Moments of Triumph bagi mendapatkan emblem Laurea Prima!

LaureaPrima

Comments

comments

  • Lagi tips,

    Kalau nak solo dismantle mine, satu guardian perlu 10 saat untuk dismantle.

    Bunuh semua adds kecil sebelum belasah skolas, kalau adds keluar 2 kali nanti banyak sangat pulak nak elak pew pews.

    Kalau zon W dah ramai sangat adds (atau servitor jahanam naik atas), buat pusingan jauh ke H. Bila dah ramai adds ke H, ikut jalan pintas balik ke W. (guna taktik ni untuk cari saki baki adds sebelum tembak skolas jugak, biar lambat asalkan selamat)

    Semasa bergerak ke H dan W, jangan lupa tengok timer devouring essence!

    Good luck guardians!

    p.s. pelan2 kayuh sure boleh down.
    p.p.s. seriously jangan rush dan keep calm!

    • Alvin Boon

      Boleh jugak kalau buat pusingan gitu. Cuma kalau mati masa pusingan jauh tuh, takut memasing kalut nak tgk adds, nak tgk Devouring Essence, nak Revive. Kalau atas platform tuh, leh Revive behind cover. Mix and match mana sesuai lah, ye tak? GLHF fuys!

  • The Radinator

    aku tak penah lagi lepas skolas, pasni boleh try ngan member2