Akhirnya saat yang ditunggu telah tiba, pertarungan dengan Raja Hive Oryx bermula. Gile besar Oryx nie! Mesti dia bengang gila kita bunuh anak dia Si Crota, kan? Jom Oryx, kita selesaikan perhitungan terakhir ini!

Stage 8 : Oryx, Si Raja Taken

oryx map edito finalo

Persediaan Sebelum Lawan Final Boss

  • Pastikan senjata yang digunakan untuk DPS Light Eater Ogre mempunyai Impact yang tinggi.
  • Spark Runner digalakkan guna Exotic Sword Raze-Lighter untuk membunuh Vessel of Oryx dengan lebih cepat.
  • Guna sniper High Impact seperti 1000-Yard Stare, Eirene dan Black Spindle untuk stagger Oryx dengan lebih cepat.
  • Heavy Machine Gun hanya perlu digunakan semasa melawan Shade Of Oryx.
  • Pastikan hanya satu fireteam leader yang memberikan arahan.

Benda Wajib Tahu!

Kedudukan Platforms dan Towers

  • Ada 4 platform yang flank 2 towers, tugaskan 4 Guardian untuk menjaga setiap platform yang bernombor 1,2,3,4 seorang satu.
  • Bila platform dipijak (lompat ke atas Platform), platform bayangan akan muncul dimana hanya boleh dinaiki oleh Guardian yang terkena efek Torn Between Dimensions atau kitorang panggil Orang Minyak! (OM)
  • Platform perlu dipijak mengikut turutan arah lawan jam bermula dari platform yang dipukul Oryx.
  • Turun dari platform akan menyebabkan semua platform bayangan yang dibina fade/musnah.

Torn Between Dimensions/Spark runner (Orang Minyak (OM))

  • Berlainan di stage Daughter of Oryx, fireteam boleh memilih Guardian mana yang boleh mengambil efek Torn Between Dimensions yang seterusnya menjadi Spark Runner.
  • bila Oryx memukul platform, dia akan meninggalkan satu spark yang membolehkan guardian mendapat effect OM
  • tetapi awas!!! Pastikan Spark runner naik ke platform terlebih dulu sebelum pemijak plaform bagi mengelakkan pemijak platform mendapat effek Torn Between Dimensions
  • Hanya OM dapat melompat di platform bayangan yang dibina.
  • Hanya OM dapat mengambil Spark dan merampas perisai dari Vesel of Oryx.
  • OM perlu melombat di atas platform yang dibina mengikut arah lawan jam.

Spark

  • Sebiji bola cahaya (Spark) akan muncul di atas satu di atas platform yang berlawanan dari arah Oryx pukul contohnya jika oryx memukul platform 3, spark itu akan muncul di platform 1. jika oryx pukul platform 1, spark akan muncul di plaform 4.
  • Spark ini perlu diambil untuk mencuri perisai Vessel of Oryx.
  • Larian OM bermula dari platform sebelah platform Spark secara counter-clockwise.
  • Apabila OM sudah mengambil Spark, curi perisai Vessel of Oryx (tekan petak untuk Playstation, X untuk  XB1).
  • Perisai yang dicuri dari Vessel of Oryx akan menyebabkan seluruh Fireteam Kebal dari serangan musuh.Oryx
  • hanya Corrupted light dapat mengurangkan HP Oryx.
  • jika kesemua corrupted light berjaya diletupkan (4 biji untuk setiap round) nyawa Oryx akan turun 25%
  • korang hanya memerlukan 4 round sahaja untuk mengalahkan Oryx jika korang berjaya meletupkan semua 4 bijik corrupted light bagi setiap round

Penerangan Strategi

Oryx dari nyawa 100%-50%

  • Bila Oryx spawn di depan arena, clear adds Taken yang spawn di kiri dan kanan Oryx.
  • Kemudian, clearkan Taken Knight yang spawn di atas platform 1 & 2.
  • Bahagikan fireteam pada 3 kumpulan :
    – 1 orang Spark runner (Orang Minyak)
    – 2 orang DPS Ogre
    – 3 orang Guardians platform
  • Selepas Oryx memukul platform, Spark Runner akan naik bersama seorang Guardian bagi activate bridge bayangan.
  • Guardians platform lain akan memijak platform mengikut arah lawan jam bagi mula membina bridge bayangan. Naiklah dengan tenang dan teratur.
  • Spark runner akan merentasi bridge bayangan mengikut arah lawan jam.
  • Guardians platform perlu berjaga-jaga kerana Light Eater Ogre (LEO) akan mula spawn di sebelah setiap platform.
  • DPS player perlu tolong membunuh 4 LEO yang spawn!
light eater Orge
Proses DPS LEO boleh dilakukan dengan pantas jika semua bekerjasama.
  • Guardians platform perlu memastikan LEO yang berada di platform masing-masing mati dan ingat  di mana Corrupted Light (bebola hitam) ditinggalkan LEO.
  • Spark Runner perlu mengambil bebola cahaya di setiap platform bayangan yang dibina.
  • Spark Runner perlu ambil Spark di platform terakhir dan merampas “Aura of Invincibility” dari The Vessel of Oryx.
vessel of Oryx
Bunuh Vessel of Oryx dan rampas shieldnya secepat mungkin!
  • Bunuh The Vessel of Oryx supaya dia tidak meletupkan Corrupted Light sebelum Oryx membuka dadanya.
  • Corrupted Light tidak akan memberikan damage kepada Oryx selagi dadanya tidak dibuka. Pastikan Corrupted Light hanya diletupkan selepas Oryx stagger untuk damage yang optimum.
  • Apabila Oryx sekali lagi memukul Platform, itu tandanya Oryx akan membuka dada beliau.
  • DPS Oryx semasa dadanya terbuka sehingga dia stagger. Gunakan sniper untuk optimise DPS.
oryx open chest
DPS dan stagger Oryx secepat mungkin sebelum dia Call Upon the Darkness yang akan menyebabkan seluruh fireteam mati.
  • Apabila Oryx Stagger, setiap Guardians platform dan satu Guardian DPS mula bergerak ke arah Corrupted Light (bebola hitam) yang ditinggalkan LEO. Mulakan countdown 5-saat dari moment Oryx stagger. Apabila countdown mencecah 1, pastikan semua Corrupted Light diletupkan dalam masa yang sama – supaya nyawa Oryx akan turun sebanyak 25%.
tanda 4 corrupted light diletupkan
Setiap nama yang keluar menandakan Corrupted Light yang berjaya diletupkan.
  • Oryx akan kembali ke depan arena dan menembak Light Bomb ke arah semua Guardians.
  • 4 Guardian boleh berlari di sekeliling platform masing-masing untuk mengelak Light Bomb yang ditembak Oryx. Jangan berhenti berlari kerana Light Bomb ini mempunyai soft-tracking.
  • 1 Guardian DPS dan Spark runner perlu mati bagi memudahkan larian 4 Giuardians platform – wipe lah di area mudah di revive selepas sequence Light Bomb Oryx.
  • Selepas Oryx puas menembak Light Bomb, cepat-cepat revive 2 Guardians yang wipe tadi.
  • Ulang sehingga nyawa Oryx turun sehingga 50%.

Nyawa Oryx 50% sehingga 1%

  • Proses masih sama seperti di atas, tetapi selepas Oryx ke hadapan arena, beliau akan teleport Guardians seorang demi seorang ke Darkness Dimension.
  • Guardians yang di luar perlu clear adds di kiri dan kanan bagi mengelakkan mereka masuk ke dalam Darkness Dimension.
  • Player di dalam perlu membunuh Shade of Oryx dengan cepat. Gunakan Heavy Machine Gun untuk optimise DPS ketika ini.
shade of Oryx
Tembak 50 Shades of Oryx!
  • Elakkan diri dari menerima damage di dalam Darkness Dimension kerana life bar tidak akan regenerate.
shade of oryx attack
Make sure jangan kena direct hit, 1 hit confirm arwah, brader!!!!
  • Shade of Orxy tidak akan berada di satu tempat. Pastikan fireteam sentiasa peka akan kedudukan Shade of Oryx.
  • Fireteam perlu membunuh Shade of Oryx dengan pantas sebelum efek Darkness Dimension membunuh semua Guardians.
  • Selepas Shade of Oryx mati, reset dan ulang semula langkah tadi sehingga nyawa Oryx mencecah 1%

Saat untuk menamatkan Riwayat Oryx

12169394_10153433504053600_372079320_o
Nah, rasakan! Git rekt bro!

Semua Guardians perlu ke tengah arena di mana Oryx muncul kali pertama dan bersedia untuk final DPS. Apabila Oryx membuka dadanya, apa tunggu lagi – tembak sehinggalah Oryx terkorban lalu terapung di orbit Zuhal.

Tahniah – korang berjaya menamatkan King’s Fall raid. Buka chest di lane tengah dan menari sepuasnya.

Comments

comments