Akhirnya kami tiba di stage terakhir. Tetapi tunggu dulu! Nampaknya dua anak perempuan Oryx menghalang kami untuk berhadapan dengan Ayahanda mereka. Seperti di Crota End, nyanyian mereka akan menawatkan riwayat kami jika tidak membunuh mereka terlebih dahulu.

Stage 7 : Kaklong Wizards Anak-Anak Oryx 

oryx map big editBenda Wajib Tahu!

Kedudukan Platforms dan Towers

  • Ada 4 platform yang flank 2 towers, tugaskan 4 Guardian untuk menjaga setiap platform yang bernombor 1,2,3,4 seorang satu.
  • Bila platform dipijak (lompat ke atas Platform), platform bayangan akan muncul dimana hanya boleh dinaiki oleh Guardian yang terkena efek Torn Between Dimensions atau kitorang panggil Orang Minyak! (OM)
  • Platform perlu dipijak mengikut turutan arah lawan jam bermula dari platform selepas platform Spark.
  • Turun dari platform akan menyebabkan semua platform bayangan yang dibina fade/musnah.

Torn Between Dimensions (Orang Minyak (OM))

  • Satu Guardian akan dipilih secara random untuk dikenakan efek Torn Between Dimensions/Orang Minyak.
  • Hanya OM dapat melompat di platform bayangan yang dibina.
  • Hanya OM dapat mengambil Spark dan merampas perisai dari Deathsinger.
  • OM perlu melombat di atas platform yang dibina mengikut arah lawan jam.

Spark

  • Sebiji bola cahaya (Spark) akan muncul di atas satu daripada 4 platform secara random.
  • Spark ini perlu diambil untuk mencuri perisai Deathsinger’s.
  • Larian OM bermula dari platform sebelah platform Spark secara counter-clockwise.
  • Apabila OM sudah mengambil Spark, curi perisai Deathsinger’s (tekan petak untuk Playstation, X untuk  XB1).
  • Perisai yang dicuri dari Deathsinger akan menyebabkan seluruh Fireteam Kebal dari serangan musuh.

Deathsinger’s Ir Anuk & Ir Halak

    • Jangan sesekali menyerang Deathsingers yang diselubungi api berwarna merah sebelom memijak sequence platform.
    • Deathsinger Ir Anuk (tower kiri) perlu diserang dahulu.*
    • Deathsinger Ir Halak (tower kanan) perlu mati terlebih dahulu.*
    • * Jika fireteam anda mempunyai DPS yang tinggi korang boleh bunuh terus Ir Anuk, jika tidak tinggalkan sedikit HP Ir Anuk dan mulakan proses yang sama pada Ir Halak.

Penerangan Strategi – Jom Belasah Diorang!

Bahagikan 4 Guardians untuk menjaga platform 1,2,3,4. Seorang lagi Guardian akan ditugaskan untuk clear adds yang akan muncul di lane tengah dan sebagai ganti menjaga platform jika ada Guardian  platform yang mati. Hanya 3 Guardians yang perlu naik ke platform dalam proses membina bridge bayangan bagi membolehkan OM mengambil Spark.

TBDG
Seorang Orag Minyak sedang berlari atas platform bayangan ke arah Spark.

DPS Round Pertama

  • Jika Spark berada di atas platform 3 seperti permulaan di dalam video, hanya Guardian di platform dari turutan 4-2-1 sahaja yang perlu membina bridge bayangan. Sementara Guardian platform 3 boleh duduk di DPS spot untuk clear adds yang muncul di lane tengah.
  • Setelah platform pertama dipijak. countdown 1 minit akan bermula. Guardians platform akan pijak ikot turutan 4-2-1 dengan tenang dan teratur.
  • Apabila bridge bayangan dibina, OM perlu naik ke setiap platform bayangan bermula di platform 4-2-1 dan perlu mengambil setiap spark yang berada di atas bridge bayangan sehinggalah mendapat Spark yang berada di atas platform 3.
  • OM akan lompat ke atas Tower Ir Anuk (tower kiri), dan curi perisai dia (tekan petak untuk Playstation, X untuk  XB1). Lepas tuh terus lari ke DPS spot.
  • Setelah OM mendapat Spark, arahkan semua Guardian untuk pergi ke DPS Spot dan OM terus glide ke DPS Spot.
  • Titan boleh pop out Weapons Of Light di belakang DPS Spot.
  • Mulakan proses DPS terhadap Ir Anuk. Pakai sniper dan machine gun untuk optimum DPS!
  • Pastikan semua Guardians berada di dalam Aura of Weaving – untuk mendapat kekebalan semasa DPS.
  • Selepas countdown tamat, pastikan semua Guardian berada di dalam shield Aura of Weaving dan tunggu sehingga Aura of Weaving hilang.

DPS Round Kedua dan seterusnya…

  • Guardians platform kembali ke platform masing-masing. Jika Guardian di platform 4  jadi OM, Guardian sebelumnya yang jadi OM perlu menggantikan tempat beliau.
  • Ulang langkah di atas tetapi kali ini rampas shield dari Ir Halak.
  • Ulang semua proses sehinggalah HP mereka berdua mencecah 0%

Tips:

  • Selepas bridge bayangan muncul, selepas beberapa ketika, snipers akan muncul di belakang setiap platform. Setelkan diorang nih secepat mungkin!
  • Touch of Malice memberikan DPS yang amat tinggi bagi menurunkan nyawa Deathsinger.
  • Jika ada fireteam yang kurang berpengalaman anda boleh tugaskan beliau untuk clear adds, jika dia menjadi OM, arahkan dia untuk wipe untuk memindahkan effect Torn Between Dimensions ke Guardians yang lebih berpengalaman

 

Comments

comments