Episode kali nih, kitorang berhadapan dengan boss kedua, Golgoroth! Aih, banyak betol Oryx bayar gaji boss-boss nih semua! Jom kita layan!

Stage 5: Abanglong Golgoroth

Bahagikan pada 2 fireteam (3 man team) di kiri dan kanan balkoni hadapan arena. Untuk memulakan petarungan dengan abanglong Ogre nih, korang kene tembak orb tergantung betol-betol di atas kolam air di tengah-tengah arena.

Selepas beberapa saat, akan muncul adds di kiri dan kanan stage sebanyak 5 wave. Pastikan add major dibunuh paling last bagi mengelakkan add yang lain menjadi rage dan menyukarkan situasi fireteam korang.

Selepas clear semua add di kiri dan kanan. Tugaskan seorang di kiri (A) dan kanan (B) untuk mengambil gaze dari Golgoroth. Sementara baki 4 Guardian menembak satu dari 6 orb slime yang tergantung di atas arena. Kitorang cadangkan orb slime sebelah kiri yang paling depan sebab ianya dekat dengan balkoni.

Selepas slime jatuh, Guardian A perlu mengambil gaze Golgoroth dan mulakan countdown pengiraan bagi menyerahkan tugas gaze pada Guardian B secara turutan zig-zag. Kegagalan meneruskan chain gaze akan menyebabkan lebih banyak adds muncul! So Guardian A & B, berjaga-jaga lah!

In the meantime, Guardians lain akan turun ke arena and berdiri di dalam lopak slime yang ditembak tadi. Lepas tu DPS si Golgoroth ni kaw kaw! Pakai sniper and machine gun untuk constant DPS!

Selepas menggunakan semua 6 slime, 4 guardian yang menjadi DPS segera naik ke atas dan mula clear Cursed Thrall yang berada di sekeliling Golgoroth.

Ulang semula langkah dari wave of adds tadi! Bila nyawa Golgoroth dah cecah 50%, the Taken adds pulak akan muncul! Jangan risau, gunakan aje teknik yang sama dengan tenang – korang pasti akan berjaya. Ulang langkah di atas sehinggalah Golgoroth menemui ajalnya.

Tips penting menentang Golgoroth!

  • Guardian A & B Tembak di belakang Golgoroth yang mempunyai critical spot untuk mendapatkan gaze selama 15 saat.
  • Lopak orb slime yang ditembak jatuh memberikan Fireteam korang buff sebanyak 10 kali ganda!
  • Naikkan lagi DPS korang! Macamana? Titan Defender, bukak Weapons of Light di belakang lopak slime!
  • Jika ada fireteam anda mati melebihi 6 kali, wipe dan mulakan semula dari awal.

Stage 6 : Piston Jumping Ke Exotic Chest

Stage ini tidaklah sukar! Disini juga ada chest with higher chance dapat Exotic. Sila rujuk video untuk mengetahui di mana secret chest tersebut.

Tips:

  • Pastikan melompat mengikut giliran
  • Gunakan ghost untuk melihat platform yang tersembunyi
  • Pastikan semua fireteam berkumpul sebelum membuka chest Exotic
  • Guide kawan-kawan yang tertinggal di belakang bagi membantu mereka melintasi stage ini!

+++

So, amacam? Nantikan edisi berikutnya dengan stage-stage King’s Fall yang lain! Di episod akan datang saksikan kitorang menentang bos kembar bersaudara, Deathsingers.

Comments

comments