Perjalanan Fireteam kitorang dari episode pertama untuk menamatkan riwayat Taken King diteruskan. Perjalanan kami dihalang satu Knight gergasi yang bernama Warpriest. Macamana nak handle Warpriest nih? Meh baca!

Stage 4 : Abang Ngah Warpriest

Untuk memulakan pertarungan ini, setiap seorang Guardian perlu memijak ketiga-tiga switch plates yang berada di kiri,kanan dan tengah.

Selepas beberapa saat, urutan glyph akan dapat dilihat di tombstones (3 batu besar di hadapan Warpriest). Fireteam Leader perlu memberi arahan urutun glyph yang perlu dipijak. Jika urutan glyph berjaya, seorang Guardian akan mendapat Buff bercahaya merah di sekeliling badan. Semua Guardian perlu berkumpul di Guardian yang mendapat buff dan lakukan DPS secepat mungkin pada Warpriest. Pastikan Hunter menggunakan Shadowshot untuk menambahkan lagi damage pada Warpriest. Sniper adalah senjata terbaik untuk DPS bos ini.

Selepas tempoh yang singkat, biji mata raksasa Oculus akan muncul dengan cahaya yang terang. Jaga-jaga korang boleh mati kalau terkena cahaya dari Oculus ini! Semua Guardian kenelah bersembunyi di dalam bayang hitam di belakang Tombstone sehinggalah Tombstone itu hilang.

Repeat sehinggalah Warpriest tumbang menyembah tanah. Korang hanya mempunyai 4 peluang untuk mengalahkan bos ini, jika round ke-4 korang masih gagal untuk membunuh beliau maka lebih baik mulakan semula dari awal.

Tips penting menentang Warpriest!

  • Bunuh Knight Major
  • Berdiri di atas suis sepadan dengan tombstone glyph
  • Berkumpul di member yang mendapat buff dan DPS boss secepat yang mungkin.
  • Sembunyi di belakang tombstone apabila Oculus muncul

Stage 5: Golgoroth’s Cellar

gPTYGAC

Lepas aje lawan abang Warpriest, korang perlu mencari jalan keluar merentasi Golgoroth’s Cellar! Ikut peta di atas supaya korang tak sesat berjam-jam lamanya dalam maze tuh. Tunggu sehingga semua Fireteam tiba di  pintu yang mempunyai lilin untuk masuk ke arena pertarungan boss ke-2, Golgoroth.

Tips:

Laluan yang betol akan ditanda dengan kehadiran kupu-kupu yang terbang! Kalau sesat, carik kupu-kupu nih and follow sampai jumpa pintu!

+++

So, amacam? Nantikan edisi berikutnya dengan stage-stage King’s Fall yang lain! Di episod akan datang saksikan kitorang menentang bos kedua, Golgoroth.

Comments

comments