So, korang dah start raid TTK, King’s Fall? Jom join perjalanan kitorang dalam usaha mencari Oryx! Nih kitorang share video Kamenrimau, jom layan!

Perjalan Fireteam kitorang untuk menamatkan riwayat Taken King telah bermula. Clan Chempiang Crew dan Sparkling Ponies bergabung membentuk Fireteam. Penulis, [FACK] Kamenrimau ingin shoutout kepada [FACK] faizalkhairitan, [PONY] IzzatZakwan, [PONY] Noticemesenpaiii, [PONY] sunn0123 dan [PONY] Thisissenpaiii kerana menjayakan Raid kali ini!

Untuk memulakan raid ini, langkah pertama adalah untuk membuka portal! Jom kita layan!

Stage 1 : Membuka Pintu Portal

So korang semua akan spawn dekat Court of Oryx. Langkah pertama, 2 Guardians kene mengambil dua orbs/relics dan slam kedua-duanya di statue dengan serentak! Kalau betol timing, 2 orbs/relics lain akan spawn skali lagi – satu di bahagian luar kiri, dan satu lagi di bahagian luar kanan!

Bahagikan fireteam kepada 3 orang untuk mengambil orbs di kiri dan kanan dan bawa orbs balik ke tengah. 2 Guardians akan ambik the orbs/relics dan sorang Guardian akan tembak barriers yang menghalang perjalanan korang antara bilik.

Slam kedua-dua orbs/relics ke statue berikutnya. Rinse and repeat proses nih sampai keenam-enam statues telah dislam!

Stage 2: Puzzle di Kapal Hive

Stage ini tak susah sangat – korang kene lompat antara Hive ships. So dua Guardians kene pijak plate di kiri dan kanan untuk tutup forcefield – 4 Guardians lain kene lompat across. Terus pijak 2 plate di sana bagi membolehkan 2 Guardians yang tertinggal tadi boleh join korang.

Stage 3: Bilik Totem

Berpecah kepada 2 kumpulan dengan Light Level yang sama di antara kedua group tersebut. Groups kene berpecah ke kiri dan kanan sambil clear the adds. Setiap side akan mengambil orb yang memberi buff shield selama 30 saat kepada Guardians di dalam shield tersebut.

Orb ini boleh dipass kepada Guardian yang tidak mempunyai Desthsinger’s Power stack. Lepas dipass, Guardian yang awal akan mendapat 10 stack Desthsinger’s Power. Dapat aje, terus run ke plate tengah sampai stack korang abis dan lari balik! Buat nih a few times, pintu akan terbukak untuk ke arena berikutnya!

+++

So, amacam? Nantikan edisi berikutnya dengan stage-stage King’s Fall yang lain! Teruja tak nak run dengan Fireteam korang? Fireteam mana yang bakal menjadi Fireteam Malaysia pertama untuk kill Oryx? Share dengan kitorang!

Comments

comments