Bungie dah announce yang diorang akan reveal lebih banyak info DLC The Taken King (TTK) yang akan launch tak lama lagi. So diorang nak buat balik livestreaming macam yang diorang buat masa HoW dulu! Jom jenguk bila dan di mana diorang nak buat natang ni!

Siri livestreaming TTK ini akan diadakan pada setiap hari Khamis pukul 2am (waktu Malaysia) selama 3 minggu berturut-turut dengan jadual dan tentatif kandungan tayangan seperti berikut;

20 Ogos: Livestream 1 – Destiny Year 2

Livestream pertama, bersama Executive Producer, Mark Noseworthy dan Senior Design Lead, Tyson Green, akan lebih tertumpu kepada benda baru di dalam Year 2. Ini termasuk Tower yang diberi nafas baru, light level system dan level cap yang baru. Pada masa yang sama, Bungie juga menasihati para Guardian untuk tidak dismantle sebarang gear yang kononnya tidak akan berguna lagi di TTK sehinggalah developer memberikan sebarang penerangan yang lebih lanjut.

1 light system
“Light system yang baharu masih lagi menjadi tanda tanya semua player disebabkan info yang terlalu sedikit dikeluarkan Bungie “
2 365
“Bungie sebelum ini menyatakan legendary weapon dan armor di Year 1 tidak akan mendapat sebarang upgrade di Year 2 seperti mana yang dilakukan di House Of Wolf”

27 Ogos: Livestream 2 – Dreadnaught dan Strike Baru

Design Lead Bungie, James Tsai akan menerangkan elemen baru di dalam gameplay TTK, termasuk Dreadnaught, kapal Taken yang akan menjadi new playable area, macam mana kedaan dan “feeling” apabila berlawan dengan musuh Taken, bagaimana pertarungan dengan Boss akan dirombak, juga yang ditunggu-tunggu oleh semua Guardians – tiga subclass baru!

destiny live streaming 4
Ohsem kan Subclass terbaru Hunter, Nightstalker.

Bungie juga akan menunjukkan serba sedikit Strike Cabal yang baru yang akan diperkenalkan di dalam expansion tersebut.

5
“Cabal Boss yang nampak tersangatlah awesome, Bungie mengatakan di dalam strike ini kita akan berlawan dengan 2 Boss sekaligus!!! “

3 September: Livestream 3 – Court of Oryx

Designer, Ben Wommack dan “Scarab Lord”, Luke Smith, yang juga Creative Director TTK, akan membawa player menempuhi patrol mission di dalam kapal gedabak Oryx – Dreadnaught. Mereka juga akan menerangkan “hidden treasure” yang berada di dalam kapal dan juga cara-cara untuk memulakan public event secara manual.

6 (2)
“Adakah public event membolehkan anda mendapat exotic?”

Ketiga-tiga livestream TTK ini boleh ditonton di saluran Twitch Bungie dan JomGaming.my akan membuat liputan khas acara tersebut! Sementara tu, jom kita layan video announcement dari Bungie!

Destiny: DLC The Taken Kng akan dilancarkan pada 15 September di Playstation 3, Playstation 4, Xbox 360 dan Xbox One.

Comments

comments