how_03

Hola Guardian Of Light , Destiny muncul lagi dengan DLC terbaru mereka iaitu: House Of Wolves (HOW), satu-satunya DLC Destiny pada masa ini yang mendapat kecaman hebat daripada peminat-peminat sejati Destiny.

Kekecohan ini terjadi apabila Bungie mengumumkan tiada RAID di dalam DLC kali ini, menyebabkan ramai peminat-peminat Destiny mengecam tindakan Bungie tersebut.

Walaubagaimanapun, Bungie tetap yakin DLC kali ini akan meletup walaupun tanpa ‘kehadiran’ RAID, kerana mereka telah memberi kelainan pada DLC kali ini. Persoalannya, adakah DLC kali ini betul-betul memberi kelainan pada Destiny dan berbaloikah korang keluarkan duit korang untuk DLC ini? Jadi teruskan membaca!

 

APA YANG BARU ??

Sosial Hub

vestian post

Di dalam HOW kali ini, korang akan ada tempat lepak yang baru iaitu di REEF, yang di beri nama Vestian Outpost. Di sini sama konsep seperti di tower, cume ada penambahan vendor-vendor baru selaras dengan DLC kali ini.

 

Vendor-Vendor Baru

petra

Di Vestian Outpost ini korang akan bertemu dengan Awoken Agen, si cantik manis Petra Venj, Fallen Leader iaitu Variks dan juga lelaki misteri Vance. Korang bole dapatkan bounty-bounty yang baru pada Petra Venj, claim item-item yang drop di dalam Prison Of Elders (POE) pada Variks dan juga claim item-item rare dan di dalam Trial Of Osiris dan juga membeli ‘report kad’ pada Vance.

 

Story Mode

Seperti DLC sebelum ini, korang perlulah bermain story mode HOW untuk mengetahui dengan lebih lanjut cerita Destiny kali ini. Korang juga ‘wajib’ menghabiskan story mode ini untuk mengunlock certain mode di dalam HOW.

Tetapi haruslah di ingatkan kepada semua guardian guardian di luar sana , korang haruslah menyelesaikan stroy mode utk HOW ini terlebih dahulu, kemudian barulah POE ini di unlock secara automatik.

Prison Of Elders (POE)

how_01

Prison Of Elders atau di sebut POE merupakan salah satu mode baru di dalam DLC kali ini. Mode ini memerlukan korang membentuk fireteam seramai 3 orang. Kerjasama dan komunikasi amatlah diperlukan, atau korang akan di tapau oleh musuh -musuh yang agresif dan ramai.

POE mempunyai 4 peringkat level, level 28, 32, 34 dan 35. Seperti biasa, semakin tinggi level POE semakin sukar dan annoyinglah musuh-musuh korang tu nanti. Dalam setiap level yang korang main akan mempunyai 5 round, dan setiap round akan ada 3 wave musuh yang korang perlu hadapi. Selain itu, terdapat modifier-modifier di setiap round yang korang hadapi. Maknanya korang akan menghadapi 5 jenis modifier untuk 5 round. Setiap modifier mungkin ada yang memberi korang kelebihan dan juga ada yang memberi kekurangan pada korang. So macam mana?? Masih menginginkan RAID??

how_02

Selain kerjasama dan komunikasi antara fireteam korang, weapon level dan juga armor adalah amat penting dalam POE. Bukan itu sahaja, strategi permainan, guide dari yang pakar amat-amatlah diperlukan.

Walaupun POE ini sungguh annoying sehingga korang rasa nak hempas DS4 korang, tetapi reward di hujung permainan ini adalah lumayan. Sekiranya korang berjaya ke round ke 5, dan dapat menewaskan BOSS final, korang akan dapat access ke bilik ‘harta karun’ di mana di situ korang akan dapat membuka 3 kotak (1 kotak loot rare , 2 kotak loot biasa) yang menjanjikan reward-reward yang cool dan hebat. Apa yang menarik, semua loot  yang korang dapat di dalam POE tidak akan korang dapat di mode lain. Rare bukan?

So bagi mereka yang mudah berputus asa , POE bukanlah satu mode yang korang patut main, kerana wave-wave musuh yang datang amatlah susah dan sukar di bayangkan. Dengan modifier-modifier tertentu, tahap kesukaran musuh yang berbeza, tahap kekebalan boss, ini memanglah suatu mode yang memerlukan kesabaran yang tinggi kepada semua pemain.

 

Trail Of Osiris  (TOO)

trials-of-osiris-breakdown

Trail of Osiris ataupun TOO merupakan mode yang mirip kepada crucible (PVP). Setiap pasukan memerlukan fireteam sebanyak 3 orang. Konsep nya mudah. Bunuh atau korang di bunuh. Nampak mudah bukan.

Untuk memulakan TOO , korang memerlukan ‘report kad’ dan korang boleh beli di vendor Vance. Mode TOO ini berjalan dengan dalam mode crucible Skirmish 3 vs 3. Dan korang boleh revive member korang yang gugur di medan peperangan. TOO mempunyai 5 round, dan setiap round di kira menang sekiranya korang berjaya menghapuskan semua musuh korang. So setiap team yang menang 5 round di kira menang keseluruhan game.

Mode ini amatlah memerlukan kerjasama dan kesefahaman yang tinggi. Selain skill individu, level untuk armor dan juga level weapon di ambil kira, dan menjadi advantage kepada korang. So sebelum korang memulakan TOO ini, adalah lebih baik sekiranya korang memaksima kan level armor dan juga weapon korang.

Setiap report kad yang korang pegang mempunyai 9 point. Sekiranya korang menang, point berwarna kuning akan ditandakan dan sekiranya korang kalah point berwarna merah akan di tandakan. Ini bermakna, sekiranye korang kalah 3 round berturut, korang terpaksa menghantar semula report kad tersebut ke Vance dan Vance akan memberikan report kad yang baru kepada korang.

Setiap point kemenangan pula, korang boleh redeem pada vendor osiris untuk mendapatkan item-item yang amatlah rare seperti weapon ataupun armor. Sekiranya korang berjaya mengumpul 9 point iaitu 9 round kemenangan tanpa kalah, sebuah tempat rahsia akan di buka iaitu The Light House, korang akan mendapat loot rahsia seperti exotic weapon. Oleh itu korang perlu bijak memilih rakan pasukan anda, bagi menjamin kemenangan pada anda.

Bagi mereka yang kurang mahir dalam PVP, mode ini mungkin menjadi kekurangan kepada korang kerana korang mungkin akan menjadi mangsa buli team lain dan anda mungkin akan kerap menghantar report kad korang kepada vendor.

 

KESIMPULAN

  • Walaupun tiada mode RAID di dalam HOW , namun mode seperti POE sudah cukup membuat korang pening kepala dan merana, dan sejujurnya bagi kami walaupun POE tidak sehebat mode RAID tetapi tetap memberi kepuasan kerana kelainan elemen di dalam POE itu sendiri berbanding RAID.

  • TOO bagi kami adalah sebuah mode yang berat sebelah kerana hanya memberi kelebihan  kepada  kelompok-kelompok tertentu sahaja. Kerana mereka yang kalah tidak berpeluang mendapat loot yang hanya bole di dapati di dalam TOO itu sendiri.

 

KEPUTUSAN: BOLEH BELI!!

ADIOS

 

Comments

comments