Sepertimana yang kitorang tulis sebelom nih, event mingguan Trials of Osiris sememangnya satu mode yang sangat kompetitif di dalam Destiny! Segala skill, komunikasi dan kerjasama antara teammate amat diperlukan. Tapi bagaimana kalau korang cacat pendengaran?

Inilah masalah yang dihadapi bro Dylan L Nulph (TheTrueHayabusa) sehingga terpaksa membuat post sebegini di group Facebook Destiny PS4 Community!

Dylan

Nasib baik Guardians Kamenrimau dan zafuran dari clan PvP Sparkling Ponies menghulurkan bantuan diorang! So kitorang terus hubungi bro Dylan untuk mendapatkan kisah beliau!

Dylan2 Dylan3

Dylan5

So bro Dylan hantar gambar nih kat kitorang! So ohsem! Faith in humanity restored! Kepada Kamenrimau (nama sebenar Fadzli Razak, juga guest-writer Jomgaming) dan zafuran, korang memang best!

Dylan4

So kitorang akhirnya dapat sembang dengan dua Guardians nih. Berikut adalah sesi interview pendek kitorang dengan diorang!

JG: So guys, siapa sebenarnya Sparkling Ponies?

SP Kamenrimau: Sparkling Ponies adalah player-player Destiny Malaysia yang dahagakan darah di Crucible. Kitorang selalu berkumpul sekali di dalam PSN chat dan Whatsapp untuk berkongsi tips dan idea untuk improve gameplay kitorang.

SP: zafuran: Yeah, sebenarnya saya personally dah lama la berhajat nak buat satu clan yg betul committed nak improve diri dlm FPS – lepas jumpa bebudak Sparkling Ponies nih, walaupun kitorang main penuh gelaktawa, kalau kalah mesti memasing nak improve diri, nak win.Harap2 clan ni dpt penuhkan impian kitorang menjadi clan yg “terer tapi humble” gitu.

JG: So, ceritakan sikit perjalanan ToO bersama Dylan tuh tadi – susah ke, senang ke?

SP Kamenrimau: Susah jugak bro, kitorang berdua nih selalu main bersama dan paham gameplay masing-masing. Selalu zafuran bertanggungjawab untuk long range dan saya handle CQC engagements – tetapi tugas kami untuk membantu Dylan agak sukar kerana gameplay beliau amat berlainan dari kami serta kekangan komunikasi yang membataskan lagi strategi yang kami selalu gunakan.

SP zafuran: Hmm susah jugak laa bila takde communication kan sebab dlm ToO communication is key! Dylan boleh je main tapi kadang2 bila part bahaya tu nak jerit pon x boleh, so sentiasa kena alert la dia buat apa. Challenging jgk. Rasa baru sebab x pernah main mcm ni. Like kena jaga dia supaya dia x alone, and of course jaga surrounding diri sendiri jgk.

SP Kamenrimau: Banyak kali juga kitorang berada di dalam situasi yang berbahaya disebabkan miscomunication dengan Dylan. Tapi, berbekalkan kerjasama kita bertiga, kitorang berjaya Flawless akhirnya.

11993140_10153358955938600_649473487_o

JG: Apsal korang tetiba nak tolong Dylan nih?

SP Kamenrimau: Saya ada adik OKU yang jugak seorang gamer tegar. Bila terbaca posting Dylan tuh, hati saya terusik. Bayangkan sekian lama ToO keluar, dia masih belom sampai ke Lighthouse. Buatpulak minggu depan ToO akan dihentikan sementara waktu

SP zafuran: Untuk aku personally, aku memang akan tolong sesape aje yang mintak tolong setelkan ToO. Dylan ni pon same, just another Guardian yg aku glad dapat tolong. Lagi-lagi bila ada kekurangan macam tu kan. First time menjejakkan kaki kat Lighthouse tu punya feeling, priceless!, especially untuk Dylan. Bila Kamen screenshot je pasal post Dylan tu, aku suruh je Kamen contact Dylan terus!

JG: Nice lah guys. Before kita wrap up, apa korang dapat dari Chest tolong Dylan semalam?

SP: Haha tak ingat la dpt apa sebab tak guna pon nanti. Just simpan all 3 elemental damage Jewel of Osiris & beberapa weapons yang lain. Exotic minggu ni dapat MIDA rasanya.

JG: So any last words untuk Guardians di luar sana?

SP Kamenrimau: Harapan kami di TTK nanti akan lebih ramai player Malaysia yang akan lebih aktif di Crucible. Jika korang kaki Crucible kami alu-alukan kedatangan korang untuk menyertai kami

SP zafuran: Last word yeee. Last Word mmg terbaik boleh kalahkan Thorn. Haha. JK JK. Last words untuk Guardians supaya tolong la each other build up dlm dunia Destiny ni. Sebelum jumpa Destiny Malaysia punya group aku main raids and trials semua dengan mat salehs je. Very nice and friendly community. And then baru jumpa Destiny Malaysia punya group 2 months ago. Aku harap community kat Malaysia ni dapat create satu community yang baik and happening dlm dunia destiny. Sesiapa saja boleh menyertai kami dan tiada syarat ketat ataupun minimum K/D tetapi hanya dengan syarat – perlu serius dan komitmen dalam Crucible!

 

Comments

comments