D1

Cakerawala diserang kuasa kegelapan! Dan korang sebagai Guardian of Light ditugaskan untuk menghalang mereka dari membawa kemusnahan dan kematian ke Bumi! Jadilah legenda angkasaraya di dalam Destiny, game terbaru dari Bungie. BOLEH BELI or BOLEH BLAH? Jom kita tengok.

Game western/space-opera/MMO/FPS dari Bungie – studio yang menghasilkan Halo ini, meletakkan korang di cakerawala kita di masa hadapan, dibangkitkan sebagai salah seorang dari ribuan Guardian untuk mempertahankan bumi dari serangan kuasa kegelapan.

D2

Macam mana nak buat tu? Korang diberikan senjata yang pelbagai, bagi menghadapi 4 jenis makhluk asing yang datang untuk menakluk Bumi. Dengan membunuh mereka, disertakan dengan kejayaan melaksanakan mission-mission berkaitan, korang dapat menaikkan XP dan level karakter korang. Lagi banyak korang bunuh, lagi cepat untuk korang naikkan level karakter – ok?

D3

Siapa yang membangkitkan korang? Kenapa korang terpilih? Apakebendenye objek bulat terapung yang diorang panggil The Traveller tu? Bila korang main Destiny dan siapkan setiap mission dan rungkaikan storynye satu persatu, segala persoalan akan terjawab…LOL. Tak jugak.

D4

Storyline bagi Destiny diakui masih kureng dikupas, tapi, kepelbagaian mission, game mode dan pemkorangngan universe Destiny bisa membuat korang lupa seketika akan kisah yang cuba disampaikan. Kalau korang masih dahagakan penceritaan, bacalah grimoire cards yang telah korang unlock di bungie.net ataupun Destiny Companion App (iOS / Android). Bungie masih lagi mencari cara untuk menangani isu ini.

Sejak dilancarkan September 2014, dunia Destiny telah mengalami perubahan demi perubahan – menjadikan universenya lebih luas dengan cabaran mission-mission yang mampu menguji skill shooting, quick thinking dan kerjasama bersama ahli fireteam korang.

Sebelum korang melompat and campak duit kat skrin, biar kitorang bagitau dulu – game ini memerlukan korang untuk grind – ulang-ulang melakukan mission dan bounty bagi mendapatkan loot dan XP. Sekiranya korang gigih untuk grind, Destiny boleh memberikan ganjaran yang sepadan dalam bentuk exotic weapons dan sebagainya. So, masih berminat? Jom teruskan membaca.

MACAM MANA NAK MULA?

Sepertimana kebanyakan MMO lain, pertama kali korang boot-up Destiny, korang perlu mereka karakter korang. Di Destiny, korang perlu memilih class karakter korang dari Hunter, Titan dan Warlock – setiap satunya dengan stats pro dan kontra tersendiri serta kuasa super yang berbeza! Check out Warlock punya Space Magic – Purple Hadouken yo!

D5

Kemudian, korang boleh pimp-up karakter korang dengan merubah aspek fizikal seperti jantina, bentuk muka, warna rambut dan tattoo muka – supaya karakter korang kelihatan ganas, ataupun jambu mengikut citarasa korang.

TEMPAT LEPAK LEPAS PERANG

D6

Selepas menyelesaikan mission pertama, korang akan unlock The Tower – hub sosial dimana korang boleh mendapatkan bounty untuk mission, jualbeli barang dari pelbagai vendor, decrypt engram untuk loot yang lebih ohsem, upgrade inventory dan menari sambil show-off korang punye weapons dan armor!  

D7

Berkenalanlah dengan setiap vendor di Tower ini. Jika korang lepak lama sikit dengan diorang, korang mampu mendengar macam-macam yang diorang bebelkan – memberikan lebih backstory mereka di dalam dunia Destiny. Sekiranya korang berkesempatan, carilah juga Dead Ghost yang terdapat di sekitar Tower serta di pelbagai map Destiny.

JOM LAWAN ALIENS

D8

Terdapat beberapa game mode untuk diberi perhatian. Kita ada Story Mode, Crucible dan Raid. Di dalam game mode P.V.E. (player versus environment) Story Mode, korang akan follow story Destiny merentasi cakerawala dengan bermain beberapa jenis map seperti Mission, Patrol dan akhirnya Strike di mana korang akan bertempur dengan musuh-musuh A.I. (Artificial Intelligence) dan akhirnya Boss bagi map itu. Nasihat kami, mainlah dengan kawan-kawan korang dan communicate menggunakan mic. You’re welcome!

D9

Korang inginkan lebih cabaran? Setiap Selasa jam 5 petang, Destiny akan memberikan korang map Strike secara random, untuk korang mainkan di dalam Mode Nightfall. Dalam mode ini, kesemua musuh akan lebih agresif dan diberikan buff dan damage upgrade, memberikan korang Strike mission yang susah giler or melecehkan sahaja bergantung kepada level karakter dan jenis weapon korang. Rewardnye? Nightfall ada higher chance untuk korang dapatkan Exotic loot! High Risk, High Reward lah geng!

TEMBAK GUARDIANS PON BEST

D10

Kalau rasa bertempur melawan A.I. kurang ummph, apakata masuk ke game mode P.V.P. (player versus player) Crucible. Di dalam game mode ini, korang akan bertempur melawan Guardian lain. Disini, skill korang bermain solo mungkin menjadikan korang MVP, tetapi kerjasama berkumpulan boleh membawa kemenangan kepada pasukan korang!

D11

Terdapat beberapa variety Crucible mode seperti capture-the-flag, team deathmatch, kill em all dan lain-lain lagi. Setiap mode juga mempunyai pusingan map-map nye yang tersendiri – jadi mainlah kesemua mode tersebut untuk menjadi legenda PVP yang disegani.

DALAM RAID, LU LANSI, LU MATI

D12

Seperti MMO lain, korang juga akan dapat bermain game mode Raid. Dengan fireteam seramai 6 orang, korang akan cuba merentasi halangan musuh dan puzzle untuk sampai ke final Boss. Di sini, kerjasama, build karakter dan weapon/armor yang sesuai amat diperlukan bagi menghadapi final Boss setiap Raid.

Setakat ini, terdapat dua Raid yang diberikan oleh Bungie. Raid Vault of Glass menentang final Boss, Atheon, dan Raid Crota’s End menentang Crota. Dan setiap satu daripadanya memerlukan korang untuk berkerjasama serta memikirkan strategi dan teknik untuk mengalahkan final Boss tersebut.

D13Harus diingatkan, sekiranya korang menghadapi Raid buat kali pertama, jangan berputus asa! Kerana cabaran bagi Raid adalah amat tinggi dan direka bagi fireteam seramai 6 orang yang dahagakan kepayahan dan loot eksklusif yang tidak boleh didapati di luar game mode Raid.

D14

SO, BOLEH BELI OR BOLEH BLAH?

+ Seni grafik, muzik dan arahan seni yang ohsem gile! Semua game mode ada kelebihan dan keunikan yang tersendiri!

– Mission grind yang agak repetitive, dan sistem reward loot yang kadangkala agak mengecewakan. Backstory juga sedikit kosong buat masa ini, tetapi Bungie sedang merancang untuk menambah lebih banyak content. So, kita tunggu dan lihat.

KEPUTUSAN: BOLEH BELI!

 

Comments

comments