Destiny 2 (D2) akan dilancarkan pada bulan hadapan, namun ada juga Guardians yang telah mula memuatnaik footage gameplay di European Dead Zone (EDZ) yang telah dirakamkan dari Comic-Con, San Diego, Amerika (SDCC).

Di bawah mempunyai kandungan PvE D2 yang lain daripada D1. Hah jangan tengok video kalau tak nak spoilers! Jangan risau, artikel bawah takde spoilers yang besar 😉

Seluruh footage tersebut menunjukkan aktiviti PvE dalam mode Patrol di EZD. Perbezaan besar antara PvE D1 dan D2 dibuktikan melalui gameplay tersebut.

Dari segi Public Event, zaman D1 guardians harus merantau dan mencari seluruh kawasan patrol ataupun check di app ‘Destiny Tracker’ tetapi kini di dalam D2, Public Event yang aktif boleh dilihat dalam map serta teleport ke kawasan terdekat di Landing Zone. 

Landing Zone- Kawasan untuk teleport ke bahagian yang berdekatan

Sebuah mode baru yang diperkenalkan, ‘Salvage Mission’ yang berkonsep lebih kurang mini-story yang dapat diaktifkan di dalam mode Patrol (open-map). Bunuh mobs yang di-target-kan dan kumpulkan drop loots dari mayat mob tersebut untuk redeem loots di akhir misi.

Dalam perjalanan menghabiskan Salvage Mission terdapat 2 penambahan baru yang dikelihatan. Membunuh ‘High Target Value’ yang memberi drop serta loots bertema spesis mob tersebut dan EDZ Tokens. Guardians juga dapat membuka “Regional Chest” yang dapat dijumpai di kawasan EDZ tersebut.

Masih tidak ketahui lagi jika Regional Chest ini hanya boleh dikutip sekali sahaja dalam sepanjang hayat seperti Golden Chest dalam D1 atau pun akan respawn seperti loot chest biasa. Membuka Regional Chest ini akan memberi beberapa token EDZ dan glimmer sahaja. Hmm, agak agak ada peluang untuk mendapat Exotic Weapon seperti D1 tak?

Guardians harus explore dan mencari jalan masuk sendiri ke Lost Sector. Di dalam Lost Sector, mempunyai loots yang boleh dijumpai. Kawasan Lost Sector mempunyai simbol arc diukir dan boleh kelihatan di atas map juga.

Adventure pula merupakan misi yang sedikit lebih kompleks dari ‘Salvage Mission’. Setiap check-point ‘objektif’ dan di akhir Adventure mempunyai loot chest yang memberi EDZ Token. Mode ini boleh dikira sebagai mini-strike di open map Patrol.

Di dalam misi Patrol mode, terdapat Challenges yang diberikan untuk Guardians habiskan. Tidak pasti sama ada ini adalah Challenges yang terbuka untuk Patrol atau Adventure sahaja.

Apa nak buat dengan EDZ Token ni? Apa fungsi EDZ Token ni?
Di dalam peta EDZ, setiap planet/kawasan mempunyai sebuah social space yang mempunyai NPC faction kawasan tersendiri. Di EDZ korang boleh berjumpa dengan Devrim Kay, Dead Zone Scout yang berdiri di salah satu menara kelihatan sepert Cathederal menyerupai seni reka Widow’s Court dari D1. Redeem token anda untuk menaikkan Rank Faction untuk mendapatkan barangan dari vendor mewakili kawasan tersebut.

Rasa macam masuk Extraction Zone dalam game Division pun ada juga

Mengikutkan pengamatan fungsi Token, setiap kawasan patrol mungkin akan mempunyai Vendor dan Token tersendiri untuk menaikkan pangkat faction. Dengan lebih penambah baikan di dalam PvE D2 dari D1, nampak gaya bermain PvE tidaklah akan sebosan dan repetitive di D1 setelah sekian lama. Tak sabar nak tahu ada apa dalam Lost Sector tu nanti! Eyes up Guardians!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.