Selepas desakan yang dahsyat setelah diboikot oleh pemain tegar Destiny dari Destiny 1 (D1) untuk memberi game yang penuh dedak dan gula-gula, Bungie mula mengambil langkah untuk mengikut kehendak Guardian.

Hari ini di dalam Twitch Reveal Bungie untuk membawa update Expansion Major yang pertama, Forsaken turut menandakan ulang tahun Destiny 2 yang pertama. Selain video 10 minit yang mengandungi pelbagai aksi, ini adalah rumusan dari Bungie dan part yang awesome dari Vidoc Forsaken bagaimana pertukaran mekanik ini dan penambahan baru akan memberi impak besar kepada pemain untuk Year 2. Baca dulu part best sebelum tengok harga Annual Pass!

Buku Rekod dan Inventori

Vault space akan diluaskan sehingga 500 slot so korang bolehlah simpan weapon yang perk biasa-biasa sebelum jumpa yang God-Roll. Kalau ingat buku rekod Moments of Triumph, di sinilah korang nak check achievement korang settle ke tak. Siap ada tunjuk lagi kalau nak weapon or barang tertentu boleh grind di aktiviti mana. Nak dismantle exotic lebih senang sekarang. Buka tab Exotic dan wallah!

Senjata

“Bagi balik sniper kat secondary slot!” “Tak best weapon semua orang sama” Bungie pula berkata ‘Say no MORE!’ Perk ‘random rolls’ akan kembali setelah diseru kuat oleh peminat Destiny! Slot weapon juga akan ditukar di mana Guardian boleh menggunakan 3 shotgun dari Kinetic (Primary), Energy (Special) sehingga ke Power (Heavy). So susunlah macam mana pun mengikut 3 jenis weapon kesukaan korang!

Sebuah weapon baru juga diperkenalkan, Legendary Bow (Panah) di mana setiap panah mempunyai fire rate dan distance yang berbeza sesuai untuk range berbeza. Upgrade Masterwork senjata juga akan level up lebih kuat apabila diguna berterusan.

Apa barang weapon, tembak guna panah lah baru pahlawan sejati!

9 Super Baru Untuk Setiap Sub-class

Bungie juga menunjukkan klip setiap class akan mempunyai ‘Super’ baru. Setiap subclass akan mempunyai cabang baru dengan super yang lebih unik dari yang ada. Daripada Fist Of Havoc Titan ibaratkan dolphin melompat, ninja shuriken berapi Hunter, kamehama Warlock dashing seperti Moira–eh Naruto, dan banyak lagi.

WARLOCK SAAAIIIYAAAAAAANNNN
Boleh buat shield memantul balik peluru pihak lawan?
Lagi best hawing hawung hammer dari baling yasss!
Faiya shuriken!
Hidup ini bebas! Dive like a Dolphin! Splash them with Arc super!

Gambit – PvE Kompetetif dengan sedikit PvP

Gambit adalah mode PvPvE di mana 2 team terdiri dengan 4 guardian akan berlawan di dalam sebuah arena seakan Prison of Elders untuk mendapatkan loot yang enak-enak. Ni ha breakdown cara main:

  • Berdiri dan memperkenalkan diri kepada team sebelah sambil ber-emote
  • Team akan di masukkan ke arena berbeza
  • Membunuh mob untuk collect Motes
  • Masukkan Motes ke dalam ‘Bank’ untuk susahkan hidup team sebelah dengan spawn mobs lebih banyak
  • Masukkan lagi Motes sampai Bank team sebelah kene block
  • Sumbat lagi banyak Motes sampai membuka sebuah portal untuk SEORANG dari team sendiri untuk hijack team sebelah. Tips; rocket launcher ggez.
  • Senang cerita, team siapa lagi efisyen membunuh mobs akan mendahului

PvP

6v6 Quickplay dan Rumble akan berada di halaman Crucible selamanya. Power Advantages (Eherm, macam Light Level advantage able) akan diimplimen kepada Iron Banner dan Trials.

PvE

Di Reef terdapat kawasan baru bernama Tangled Shore di mana kesemua mob jahat ditahan di dalam penjara oleh Cayde sehinggalah mereka pecah keluar. Kalahkan 8 Barons dan kuncu-kuncunya. Ini dah jauh lagi advance dari Taniks dan lebih kuat dari mana-mana Fallen House. Manalah tahu tetiba terjumpa Mara Sov dekat sini juga. Hmm kita rindu suara Variks sebenarnya kan.. yessss??? *Tipu kalau korang tak baca yes tu dalam suara Variks*

Ibarat Wild West dan The Reef bergabung. Mungkin dekat sini kilang Tex Mechanica?

Raid terbaru pula berada di tanah agung kelahiran Awoke, Dreaming City. Bukan sahaja cantik, bermisteri dan menakjubkan. Malah terdapat lagi banyak boss dan area rahsia yang korang boleh explore di dalam Raid ini. Dikatakan terdapat banyak aktiviti yang rancak dan kawasan ini akan berubah dari minggu ke minggu berbeza dari minggu pertama expansion ini dikeluarkan.

Annual Pass dan DLC

Haaa. Macam best kan update baru? Ini barulah Destiny 2, pack gila. Nak dengar harga tak? Untuk Forsaken sahaja adalah USD40 (RM160) dan Annual Pass adalah USD70 (RM280) termasuk 3 DLC sehingga September 2019. Ini kali pertama dalam sejarah Destiny mengeluarkan 3 DLC dalam cycle setahun tapi pergh, harga Annual Pass dia kalah D2 vanilla game masa dilancarkan dahulu.

Dengan penambahbaikan dan penukaran mekanik yang telah diminta oleh veteran D1 untuk D2, adakah content di dalam trailer tersebut berbaloi dengan harga yang diumumkan oleh Bungie? Dengar cerita wajib membeli expansion Y1 D2 untuk sambung update Forsaken. Harap-harap Bungie tidak melaksanakan idea tu. Pilihan di tangan anda Guardians.

Comments

comments