Pengumuman dijangka dilaksanakan pada awal Disember nanti.

destiny_rise_of_iron_festival_of_the_lost_masks_5

Destiny 2 bukanlah suatu rahsia kerana Bungie dan Activision sendiri telah menyatakan bahawa ianya akan tiba pada 2017 nanti. Dalam update terbaru dari Bungie, mereka ada menyatakan bahawa mereka akan memberikan beberapa info lanjut dalam minggu-minggu akan datang.

Antara ialah, Deej dari Bungie menyatakan bahawa mereka akan ke California pada awal Disember nanti. Harus diingatkan bahawa pada awal Disember nanti, terdapat 2 acara besar berkaitan dengan dunia gaming iaitu expo PlayStation Experience dan acara The Game Awards – dimana keduanya terkenal sebagai acara untuk mengumumkan berita besar.

Ada yang berteori bahawa kemungkinan Bungie akan memberikan demo awal untuk Destiny 2 di PlayStation Experience manakala pengumuman rasmi di The Game Awards 2016.

Mungkinkah ini akan menjadi realiti? Kita nantikan sahaja bulan Disember nanti.

Comments

comments