Korang dah boleh mula download demo ini dari Steam sekarang!

Demo Resident Evil 7 – Beginning Hour yang sudah pun keluar di platform PS4 dan Xbox One kini sudahpun boleh di-download dari Steam.

Versi PS4 telah dikemaskini secara berkala dan pemain sudahpun menemui pelbagai rahsia yang ada di dalamnya, tetapi versi demo PC ini merangkumi semua kemaskini dan adalah versi lengkap. Temui pelbagai rahsia yang ada dan korang boleh menerima suatu item yang boleh dibawa ke Resident Evil 7 nanti.

Ada yang berani nak buat Let’s Play livestream bermain di grafik PC yang lagi clear pulak? Selamat maju jaya kitorang ucapkan!

Resident Evil 7: Biohazard bakal diterbitkan Januari ini bagi PC, PS4 dan Xbox One.

Comments

comments