Sebuah lagi update akan diberikan untuk demo Resident Evil 7.

Ini adalah update yang terbesar dan terakhir untuk demo Resident Evil 7, umum Capcom di PlayStation Experience 2016 baru-baru ini. Dinamakan sebagai Midnight, ia akan memberikan pemain pelbagai content untuk diterokai dan juga kejutan-kejutan baru.

Resident Evil 7 Collector’s Edition juga telah diumumkan baru-baru ini yang disertakan bersama dengan pelbagai item yang cukup menarik untuk peminat-peminat siri ini.

Resident Evil 7 akan diterbitkan pada 24 Januari 2017 untuk PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Comments

comments