Pemergian beliau amat dirasai peminat Star Wars.

Berikutan pemergian Carrie Fisher, penulis, aktivis dan pelakon yang popular memainkan watak Princess/General Leia Organa di dalam francais Star Wars – ramai peminat, sahabat dan ahli keluarga menemukan cara mereka yang tersendiri untuk berkabung.

Di dalam game MMO Bioware free-to-play, Star Wars: The Old Republic, ramai gamers telah berkumpul di hadapan House Organa di planet Alderaan. Mengikut cerita di dalam lore Star Wars, House Organa menjadi kediaman Princess Leia di antara filem Star Wars episod III dan IV.

PC Gamer melaporkan gamers Sith level tinggi telah mengalahkan NPC yang mengawal Alderaan supaya gamers Sith level rendah boleh menghadiri acara perkabungan ini.

Bagi gamers yang bermain solo dan tiada gamer level tinggi sebagai teman, seperti Darth Benthamic terpaksa menggadaikan nyawa untuk melepasi kawalan NPC. Beliau telah merekod perjalanan beliau ke House Organa secara solo di SINI. Beliau menambah, “Ianya sangat menyentuh perasaan melihatkan heroes dari kedua-dua belah bersatu untuk menghormati pemergian seorang tokoh yang berkarisma dan banyak memberi inspirasi.”

Ada juga gamer yang membikin video dedikasi seperti yang dilakukan oleh Kerry-Aiden Nobbs ini:

Di dalam forum The Old Republic, ramai gamers telah memulakan petisyen meminta patung tugu peringatan yang menyerupai Fisher dibangunkan. Bagaimanapun, dunia SWTOR berlaku 3600 tahun sebelum cerita Leia Organa bermula, jadi mungkin sukar untuk Bioware melaksanakannya. Bioware masih belum memberi sebarang respons terhadap petisyen tersebut.

Di dalam Battlefront pula, ramai gamers meminta DICE mengeluarkan Princess Leia versi baru, ataupun versi berusia bagi memperingati pemergian Fisher. DICE pernah menyatakan hasrat untuk menghasilkan skin/kostum baru untuk Leia, tetapi ianya dibatalkan.

Comments

comments