Antara info yang telah dikongsi dalam panel perbincangan Death Stranding!

Dalam panel terbabit, Hideo Kojima telah memberitahu para hadirin bahawa Death Stranding sedang dibangunkan menggunakan enjin grafik yang dikenali sebagai Decima Engine, yang kini juga sedang dibangunkan untuk game Horizon Zero.

Keputusan ini telah dibuat setelah Kojima selesai melakukan rombongan ke studio-studio yang dibawah naungan Sony awal tahun lalu, sebaik sahaja kerjasama antara Kojima Production dan Sony diumumkan.

death stranding

Sedikit info mengenai Decima Engine, ia merupakan enjin grafik yang dibangunkan oleh Guerrilla Games, yang bertanggungjawab untuk siri Killzone dan kini Horizon Zero Dawn. Menurut Herman Hulst selaku ketua di studio itu, Decima Engine telah banyak mengalami perubahan dan pembaikkan yang memberangsangkan sejak ia mula dibangunkan dan trailer terbaru Horizon Zero Dawn jelas menampilkan kebolehan enjin terbabit.

Jelas kelihatan Kojima juga kelihatan begitu yakin dengan Decima Engine dan ini jelas kelihatan dengan 2 trailer real-time cinematic bagi Death Stranding yang telah dipaparkan sebelum ini.

Berikut adalah trailer ke-2 bagi Death Stranding yang ditayangkan di The Game Awards.

Comments

comments