Game klasik survival horror, Dead Space yang dikeluarkan pada tahun 2008 oleh EA kini korang boleh dapatkannya secara percuma di Origin.

Dihasilkan oleh studio Visceral Games, Dead Space mengisahkan tentang seorang jurutera bernama Issac Clarke yang berada di dalam kapal USG Ishimura, sebuah kapal angkasa “Planet Cracker” yang besar yang tidak berfungsi akibat dari kuasa Marker, sebuah relik misteri milik Unitology.

Masalah mula bertambah apabila relik itu mempunyai kuasa untuk menukarkan orang untuk menjadi makhluk ganas yang dipanggil sebagai Necromorphs. Akan terdapat beberapa babak di mana protagonis akan mengalami halusinasi dan masalah psikologikal.

Game ini diberikan secara percuma sempena tawaran ‘On The House’ Origin dan ia akan boleh didapati secara percuma buat masa sekarang sebelum ia kembali ke harga asalnya kerana tidak diberitahu bilakah On The House akan berakhir.

Comments

comments