Square Enix telah mengumumkan bahawa mereka akan memberikan info lanjut mengenai day one patch untuk Final Fantasy XV kelak.

final-fantasy-xv-01

Day one patch ini akan didatangkan dengan pelbagai fungsi baru dan penambahan untuk Final Fantasy XV, umum Twitter rasmi bagi Final Fantasy XV dan kami menjangkakan update ini bakal tiba pada 21 November nanti.

Walaupun kononnya ditunda untuk mengelakkan day one patch, nampaknya Final Fantasy XV bakal menerimanya juga hasil daripada beberapa masalah yang dihadapi pemain dalam demo Judgment Disc yang diterbitkan baru-baru ini.

Final Fantasy 15 akan diterbitkan pada 29 November ini untuk PS4, PS4 Pro dan Xbox One.

Comments

comments