Dauntless akan menggunakan konsep free-to-play dan mempunyai tema menyerupai siri Monster Hunter yang digemari ramai!

Dauntless merupakan sebuah video game yang berfokus kepada co-op seramai 4 orang dan dibangunkan oleh sebuah studio indie yang dikenali sebagai Phoenix Labs. Namun begitu, Phoenix Labs tidak boleh dipandang remeh memandangkan ianya dianggotai oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang ini dan pernah berkhidmat dibawah studio-studio gergasi seperti BioWare, Riot Games, Capcom, dan Blizzard.

Dalam temubual bersama PC Gamer, Dauntless mengambil inspirasi dari video game kegemaran ramai seperti Dark Souls, Monster Hunter, dan World of Warcraft dimana secara amnya pemain-pemain akan bergerak secara solo atau berpasukan untuk memburu makhluk-makhluk yang dipanggil Behemoth. Hasil dari buruan-buruan ini, pemain akan berpeluang untuk mengumpul pelbagai item berguna sambil menyiapkan armor atau senjata yang baru.

Beta bagi Dauntless akan dilaksanakan pada tahun ini dan korang boleh mendaftarkan diri jika berminat. Buat masa ini, Dauntless hanya akan berada untuk platform PC.

Teringin melihat bagaimana pemain beraksi dalam Dauntless? Saksikan dalam gameplay preview dalam video dibawah.

Comments

comments