Semalam, sebuah video trailer terbaru Star Wars Battlefront II telah leaked, yang mana ia hanya memaparkan babak selama 30 saat.

Terkini, EA telah mengeluarkan versi penuh untuk trailer yang telah leaked semalam secara rasmi. Versi penuh yang berdurasi 1 minit 24 saat ini memperlihatkan game mode Starfighter Assault, sebuah mode yang membawakan pelbagai karakter ikonik Star Wars dari tiga era berbeza.

Ia memaparkan Darth Vader, Darth Maul dan Yoda menjadi salah seorang fighter pilot, selain aksi-aksi peperangan kapal angkasa yang penuh epik. Korang boleh layan video ini di bawah:

Starfighter Assault merupakan satu daripada dua game mode yang akan korang boleh mainkan dalam sesi open beta yang akan dijalankan pada Oktober ini nanti.

Star Wars Battlefront II akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 17 November 2017.

JomBaca: Kata EA, Star Wars: Battlefront “Kekurangan Plan Jangka Panjang”, Akan Perbaiki Dalam Sekuel Nanti

Comments

comments