Darksiders 2: Deathinitive Edition Bukak Jalan Bagi Darksiders 3!

Menurut Nordic Games, siri action RPG Darksiders masih akan diteruskan. Darksiders 2: Deathinitive Edition hanyalah satu permulaan era baru bagi siri tersebut.

darksiders-2-whoop-ass

Darksiders 2: Deathinitive Edition telah di-develop oleh Gunfire Games. Ia merupakan sebuah studio yang diketuai oleh David Adams dan juga bekas staf dari Vigil Games.

Darksiders dan Darksiders 2 memang tak dapat dinafikan mempunyai jalan cerita yang menarik disamping gameplay yang penuh aksi. Rugi jika siri ini dibiarkan begitu sahaja.

Merujuk pada komen wakil Nordic Games di dalam forum Steam, Deathinitive Edition yang dikeluarkan hanyalah untuk menarik perhatian kembali kepada siri Darksiders. Mereka sedang mencari idea dan peluang dalam mengeluarkan Darksiders 3.

darksiders-2-ambushed

Comments

comments