Dah macam Skyrim pulak Dark Souls ni – semua platform dia nak redah!

Bersedia untuk merasakan “kenikmatan dalam seksaan” Dark Souls yang original!

From Software dan Bandai Namco telah mengumumkan Dark Souls: Remastered yang akan membawa game pertama dalam siri Souls ini ke era visual dan grafik yang lebih cun.

Versi Remastered yang lebih cun ini akan diterbitkan 25 Mei nanti dan akan disertakan dengan downloadable add-on Artorias of the Abyss. Bandai Namco dan From Software juga telah menambah bilangan multiplayer sehingga 6 orang!

Bandai Namco berkata, Dark Souls: Remastered ini nanti akan membawakan visual diperbaharui bagi PlayStation 4 Pro dan Xbox One X. Berikut adalah resolution dan framerate yang ditawarkan bagi setiap platform:

Xbox One (1080p, 60 fps)
PlayStation 4 (1080p, 60 fps)
Xbox One X (Upscaled 4K, 60 fps)
PlayStation 4 Pro (Upscaled 4K, 60 fps)
PC (Native 4K, all textures 2K unconverted, 60 fps)
Nintendo Switch (TV mode: 1080p, 30 fps; Handheld mode: 720p 30 fps)

Dark Souls yang diterbitkan pada tahun 2011 bagi platform PlayStation 3 dan Xbox 360 telah mendapat pujian ramai gamers. Versi PC buat game tersebut juga telah diterbitkan pada 2012 dengan nama Dark Souls: Prepare to Die Edition. Game Dark Souls 3 yang diterbitkan pada tahun 2016 bagi platform konsol dan PC juga mendapat sambutan ramai gamers hardcore, dan mendapat banyak rungutan gamers yang “tak kena jiwa”.

JomBaca: Dark Souls III: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Comments

comments