World War Z, sebuah novel berkisarkan tentang ancaman zombi yang kemudiannya diadaptasi menjadi sebuah filem sekarang akan dikeluarkan dalam bentuk video game pula.

Diumumkan pada hari ini semasa The Game Awards 2017, tajuknya masih kekal sama. Dihasilkan oleh Saber Interactive, sebuah studio yang pernah menghasilkan game seperti Timeshift, Inversion dan Quake Champions. Video game ini akan hadir ke PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Trailer di atas memaparkan segerombolan zombi yang pernah dilihat dalam filem. Beratus-ratus zombi memenuhi skrin dan memanjat antara satu sama lain untuk membentuk struktur manusia.

Saber Interactive berkata World War Z akan menjadi sebuah game aksi co-op dengan empat pemain. Kempennya memfokuskan kepada “cerita-cerita dan misi-misi unik dari yang terselamat di setiap pelusuk dunia termasuklah New York, Moscow dan Jerusalem. Gunakan perangkap, penghalang dan persekitaran sekeliling dengan penuh strategi untuk terus hidup sementara dalam masa yang sama gunakan pelbagai jenis senjata untuk mematikan yang sudah mati.”

“World War Z ialah nama yang sinonim dengan ketakutan dan aksi yang penuh mendebarkan dan kami sangat teruja kerana akhirnya kami dapat menangkap kekuatan pengalaman keganasan dan kelajuan itu untuk dihasilkan pada konsol terkini dan PC,” kata CEO Saber Interactive, Matt Karch dalam kenyataannya.

Comments

comments