Seperti yang korang ketahui, pemain berupaya mencipta dan mengubahsuai jersi & logo dalam PES 2016, eksklusif di PS4.

Impian para pemain untuk memasukkan pasukan-pasukan kegemaran masing-masing akan dapat dicapai dengan hasil usaha seorang pemain dan peminat setia siri PES, Alpacino Cilox.

pes-selangor-pahang-kickoff

Beliau dengan gigihnya telah mencipta kesemua pasukan Liga Super Malaysia bagi musim 2015, lengkap dengan logo, jersi dan gambar pengurus.

Kami telah diberi peluang oleh beliau untuk mencubanya dan setelah mengaplikasikan ke dalam game, ia adalah sangat cantik. Hasil ciptaan yang beliau rekakan adalah sangat berkualiti dan setiap logo, tajaan dan tulisan yang terdapat di jersi adalah sangat terperinci serta sungguh real. Gambar yang telah diberikan juga adalah beresolusi tinggi.

Korang boleh lihat beberapa screenshot yang telah kami ambil di bawah:

pes-selangor-pahang
Juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor menentang Pahang
pes-game-plan-selangor-pahang
Para pemain kelihatan macho sebelum sepak mula
pes-jdt-kickoff
Juara Piala AFC 2015, JDT memulakan sepak mula

Dengan hasil usaha dan masa yang telah diperuntukkan beliau untuk mencipta semua ini, bayaran yang dikenakan adalah sangat berpatutan. Dengan RM20, korang akan mendapat jersi dan logo untuk semua pasukan Liga Super & Liga Perdana bagi musim 2015.

Bagaimana pula untuk musim 2016? Korang jangan risau. Beliau mengatakan logo dan jersi untuk kesemua pasukan Liga Malaysia unuk musim 2016 bakal tiba dan dijangka siap pada bulan Mac 2016. Korang boleh mula pre-order untuk musim 2016 dengan harga RM30.

Selain itu, beliau juga mengambil tempahan untuk merekabentuk jersi-jersi khas atas permintaan, dengan mengenakan harga RM20 untuk mendapatkan tiga jersi (Home, Away & Penjaga gol). Beliau juga boleh mereka jersi-jersi klasik seperti yang terdapat pada era 90-an dan 80-an!

Dan sebagai peminat tegar Liverpool sejak azali, apa lagi, penulis pun cubalah jersi Liverpool untuk musim 2004/2005!

pes-alonso-liverpool-2005-1
Masih terngiang-terngiang mengenangkan penalti Alonso yang menyamakan kedudukan 3-3 pada malam yang penuh kejaiban

pes-alonso-liverpool-2005-2

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini? Korang boleh like Facebook page PESCILOXdesign.

JomBaca: PES 2016: Boleh Beli or Boleh Blah?!

Comments

comments