Dapatkan antara game terbaik dalam siri Assassin’s Creed secara percuma.

assassin's-creed-3

Ubisoft mengumumkan Assassin’s Creed III akan diberikan secara percuma untuk game ketujuh dan terakhir dalam kempen Ubi 30. Anda boleh mula memuat turun game ini bermula 7 Disember 2016 – dan anda hanya memiliki sebulan untuk memasukkannya ke dalam akaun UPlay anda, dan ia akan menjadi milik anda buat selamanya.

Assassin’s Creed III bakal menggantikan Far Cry 3: Blood Dragon yang sebelum ini menjadi game percuma bagi bulan November. Bermakna anda masih mempunyai peluang untuk mendapatkan Far Cry 3: Blood Dragon sebelum digantikan dengan Assassin’s Creed III pada 7 Disember nanti.

Anda boleh dapatkan game-game ini, hanya untuk PC, melalui laman Ubi 30.

ubisoft 30 e3 2016

Sebelum ini, Ubisoft turut melancarkan “30 Days of Giveaways”. Kempen ini mengajak anda untuk membuka laman “30 Days of Giveaways” – di mana pada setiap hari, dalam 30 hari, satu jenis barangan percuma akan diberikan kepada para pemilik akaun Ubisoft Club.

Comments

comments