Ubisoft bakal meraikan ulangtahun ke-10 untuk dua siri game popular mereka.

Assassin’s Creed 4: Black Flag dan World in Conflict akan boleh korang dapatkan secara percuma pada bulan ini di UPlay (hanya untuk platform PC). Apabila korang mendapatkan game ini secara percuma pada waktu yang telah ditetapkan, ia akan menjadi milik korang buat selamanya.

Di bawah adalah dua game ini dan waktunya serta pautan muat-turun yang korang boleh dapatkan:

World in Conflict (berserta DLC Soviet Assault): Dari 5 Disember, 1 pagi hingga 11 Disember, 6 petang. Muat-turun di sini.

Assassin’s Creed 4: Black Flag: Dari 12 Disember, 10 malam hingga 18 Disember, 6 petang. Muat-turun untuk game ini masih belum dibuka.

[KEMASKINI]: Assassin’s Creed 4: Black Flag kini boleh dimuat-turun secara percuma di sini.

JomBaca: Assassin’s Creed Rogue Mungkin Dikeluarkan Untuk PS4 Dan Xbox One! Betul Ke Bohong?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.