Daniel Wu terkenal dalam cerita televisyen AMC, Into The Badlands dan Warcraft menyertai filem reboot Tomb Raider.

Daniel Wu, pelakon berasal dari Hong Kong yang terkenal dalam siri televisyen AMC, Into The Badlands akan menyertai filem reboot Tomb Raider, menurut laporan Variety. Filem ini akan turut dibintangi Alicia Vikander (Ex-Machina) yang akan memainkan Lara Croft dan Walton Goggins (Sons of Anarchy) akan menjadi watak jahat dalam filem ini.

Daniel Wu dalam AMC Into the Badlands

Daniel akan memainkan watak sebagai Lu Ren, seorang kapten menolong Lara dalam misi pencarian bapa Croft. Pada filem reboot Tomb Raider kali ini, ia akan membawa Lara pada usia lebih muda, 21 tahun sebelum dia memulakan pengembaraan hebat dalam game pertama Tomb Raider.

Tomb Raider sudah pernah diadaptasikan ke layar perak pada tahun 2001 dan 2003 dan Lara Croft dibawakan oleh Angelina Jolie.

Tomb Raider reboot ini akan diarahkan oleh Roar Uthaug dan akan ditayangkan pada 16 Mac 2018.

Comments

comments