Game keluaran Epic Games ini terus cemerlang dalam mengumpulkan jumlah pemain yang positif.

Menggabungkan mekanisme membina yang sangat unik dengan genre battle royale yang cukup popular masakini, Fortnite: Battle Royale semakin hari semakin mendapat tempat di hati gamers konsol dan PC.

Terbaru, Epic Games telah mengeluarkan infografik baru, memperlihatkan beberapa angka yang telah dicapai oleh game ini. Seramai 10 juta pemain telah didaftarkan sejak pertama kali game ini dilancarkan pada dua minggu lalu.

Lain-lain statistik boleh korang lihat dalam infografik di bawah:

Minggu lalu, 7 juta pemain telah dicapai, bermakna, dalam minggu kedua, game ini telah mengumpulkan 3 juta pemain tambahan.

Semalam, Epic Games turut telah mendedahkan bahawa 3.7 juta pemain harian telah dicapai pada hujung minggu lalu.

Fortnite: Battle Royale kini boleh dimainkan dalam versi Early Access secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One. Ia akan dilancarkan sepenuhnya pada tahun hadapan juga sebagai game free-to-play.

JomBaca: Epic Games Mengesahkan ‘Beribu’ Penipu Telah Diharamkan Dari Fortnite: Battle Royale

Comments

comments