Sehari selepas mengeluarkan trailer terbaru Cyberpunk 2077 di persidangan media Microsoft di E3, pembangun CD Projekt Red telah mula bercakap mengenai game apakah yang mereka sedang hasilkan.

Cyberpunk 2077 ialah game “open world yang bernaratif dalam perspektif first-person yang disertai dengan elemen RPG.”

Pemain akan mengawal karakter yang bernama V, seorang “pemburu upahan yang sedang meningkat naik” di bandar metropolis, Night City yang penuh dengan keganasan. CD Projekt Red menjanjikan “penciptaan karakter yang lebih kuat” yang mana akan membenarkan pemain memilih jantina, penampilan, kelas dan latar belakang. Setiap pilihan yang dibuat mungkin akan mempengaruhi bagaimana Cyberpunk 2077 akan dimainkan nanti.

Pemain akan berinteraksi dengan penduduk di Night City melalui sistem pilihan dialog yang memberikan naratif yang lebih menarik dalam Cyberpunk 2077. Jalan cerita dipenuhi dengan pilihan dan akibat. CD Projekt Red berkata “keputusan yang sukar akan memberi kesan kepada keseluruhan game.”

Satu aspek dalam Cyberpunk 2077 yang membimbangkan sesetengah pemain, yang mana sebelum ini mereka pernah bermain siri The Witcher adalah game itu dimainkan dalam pandangan third-person. Cyberpunk 2077 ialah game yang dimainkan melalui pandangan first-person.

Di Twitter, CD Projekt Red cuba untuk menenangkan ketakutan itu apabila ada sesetengah berkata yang pihak CD Projekt Red sedang menghasilkan first-person shooter dan penciptaan karakter akan menjadi sia-sia. “Kamu mempunyai banyak peluang untuk melihat karakter kamu. Ianya akan menjadi first-person RPG dan bukannya FPS,” katanya di Twitter.

Cyberpunk 2077 telah disahkan akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PC dan Xbox One. Ia masih belum mempunyai tarikh keluaran buat masa ini.

SUmber: Polygon

Comments

comments