Cyberfusion 2015 yang mengumpulkan gamers dari pelbagai platform telah pun bermula semalam. JomGaming turun padang untuk menyaksikan sendiri LAN party terbesar Asia Tenggara ini!

CyberFusion 2015 Poster

CyberFusion007
Game on bros! Kitorang dah sampai, korang bila lagi?

CyberFusion012
CyberFusion 2015 is frikkin awesome!
JomBaca: Cyberfusion 2015: LAN Party Terbesar Asia Tenggara di Cyberjaya!

Seperti dijadualkan, tournament DOTA 2, CS:GO, FIFA16 & Ultra Street Fighter 4 telah pun bermula pada jam 10 pagi tadi dengan Grand Finals yang akan berlangsung jam 2 petang besok!

CyberFusion008
DotA 2 players sedang berperang! Kalau perasan group lawan memasing bawak cheerleader, bhai!
CyberFusion009
Tournament Counter Strike: Global Offensive juga sedang berlangsung!
CyberFusion013
Main FIFA 16 pon ada thanks to GamesBond!
CyberFusion010
Street Fighters sedang memanaskan jari-jemari dengan casuals.

JomGaming dah ada kat sini dari pagi tadi, tapi kebanyakan gamers tegar sudah pon berkampong dari semalam – sampaikan ada yang berkhemah dalam Grand Hall MMU, Cyberjaya nih!

CyberFusion004
Ni baru gamers hardcore – siap pacak khemah tuh!

Atmosphere is good, gamers yang ada semua mesra apabila di tegur dan macam-macam game yang dimainkan from FPS, MMORPG, multiplayer card-game, fighting game, sports dan BANYAK lagi yang pelik-pelik! Even ada brader nih main Clash of Clans kat PC! Tabik!

CyberFusion002
Game kegilaan masakini Rocket League turut dimainkan!

Kitorang sempat berjumpa dengan beberapa readers JomGaming yang turut menyertai LAN party ini dengan PS4 diorang! Shout outs to Liza dan Kheirul Naim sebab melayan kitorang sekejap tadi!

CyberFusion003
Antara casing yang menarik perhatian kitorang!

Dan obviously LAN party adalah tempat terbaik untuk menayang rig-rig gaming korang! CyberFusion 2015 juga tidak kurangnya. Antara gamers yang sempat kami temui membawa rig-rig yang dibina sendiri mencecah puluhan ribu RM, dan ada juga gamers yang disponsor oleh syarikat-syarikat tech seperti Kingston, ASUS, Coolermaster, Corsair dan banyak lagi!

CyberFusion006
Tengok bro nih, CPU casing is soooo overrated! Dia punya CPU letak atas board aje!

Khabarnya sekejap lagi akan ada talk dan seminar mengenai E-Sukan di Malaysia, so JomGaming akan melaporkan acara itu sebentar lagi. Teruskan membaca artikel yang akan terus dikemaskini ini.

Comments

comments