Akhirnya LAN party terbesar di Asia Tenggara ini berakhir sebentar tadi! Hari ini menyaksikan acara Grand Finals bagi 4 game yang dipertandingkan – DotA 2, CS:GO, FIFA 2016 dan Ultra Street Fighter 4.

JomBaca: Cyberfusion 2015: LAN Party Terbesar Asia Tenggara di Cyberjaya!
Semalam menyaksikan team JomGaming berkampung seharian bersama LAN party gamers dan peserta tournament e-sport. Hari ini team-team yang berjaya mendahului bracket masing-masing bagi setiap acara, telah turun bagi Grand Finals di MMU Grand Hall, Cyberjaya!
CyberFusion012
Semalam di Cyberfusion 2015!
JomBaca: Cyberfusion 2015: Tournament E-Sports Bermula!
_DSF0337
Siap ada DotA 2 commentators – Emmiie dan JandaHunter.

Acara Grand Finals dimulakan dengan Defense of the Ancients 2 (DotA 2) – team dari Winners Bracket Who2Bet telah bertemu dengan team dari Losers Bracket Team Redemption untuk pertandingan best of 3 matches. Pertandingan ini dimenangi oleh team Who2Bet dengan straight win 2-0! Tahniah kepada Who2Bet kerana memenangi hadiah Pemenang Utama bernilai RM5000 dari Hotlink dan Razer.

CyberFusion016_1
Johnny’s Revenge bergelar juara!

Team Redemption memenangi tempat kedua, Team Underminer pula memenangi tempat ketiga dan Konfederasi Anak Watan pula memenangi tempat keempat bagi acara DotA 2! Tahniah guys!

Kemudian tournament Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) pula berlangsung dimana team Indonesia dari Winners Bracket TEAMnxl telah bertemu team Singapura dari Losers Bracket TitaNs dalam perlawanan first to 16 wins! TEAMnxl telah mengalahkan TitaNs dengan kemenangan selesa 16-4! Tahniah kepada TEAMnxl yang membawa pulang hadiah Pemenang Utama bernilai RM4000 dari Kingston HyperX!

CyberFusion016
Tahniah TEAMnxl, korang memang awesome!

Team TitaNs memenangi tempat kedua, Team YOLOSWAG memenangi tempat ketiga dan MVP Karnal pula memenangi tempat keempat bagi acara CS:GO. Tahniah kepada semua pemenang!

Bagi tournament Ultra Street Fighter 4 yang berlangsung semalam, pemenangnya diumumkan hari ini. Tempat pertama dimenangi oleh Chuan, tempat kedua dimenangi Andy, tempat ketiga dimenangi Shaun dan tempat keempat dimenangi Bison Wong. Kesemua mereka membawa pulang yang disumbangkan Razer.

CyberFusion018
Menang fightstick dari Razer bak hang!

 

Acara prizegiving terakhir adalah bagi tournament FIFA 2016 yang diadakan semalam. Pemenang tempat pertama jatuh kepada Infinite_Aramis, tempat kedua dimenangi Kickers_Ariq, tempat ketiga dimenangi WTF PYGO dan tempat keempat dimenangi epiz! Congrats kepada semua pemenang yang membawa pulang hadiah sumbangan dari Kingston HyperX!

CyberFusion019
Senyuman FTW tuhh!

Selepas acara prizegiving ceremony, semua LAN party gamers dianugerahkan sijil penyertaan dan bergambar beramai-ramai sebagai kenangan untuk dibawa ke Cyberfusion 2016 pula!

CyberFusion015
Ini pon ramai yang dah balik. Bayangkan kalau semua stayback amik gambar! Gamers Unite!

JomGaming benar-benar enjoy dapat bertemu dengan kaki-kaki gamers dari pelbagai latarbelakang. Thanks kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput JomGaming.my ke LAN party terbesar Asia Tenggara ini. Tahun depan, kita buat lagi jom!

Comments

comments