Artikel ini adalah pengalaman dari kacamata Liza Langkasuka yang menyertai LAN Party terbesar Asia Tenggara – Cyberfusion 2015 yang berlangsung dari 13 – 15 November lepas. Korang nak baca nukilan asal penulis jemputan kitorang ini dalam Bahasa Inggeris? Korang boleh click SINI!

JomBaca: Cyberfusion 2015: LAN Party Terbesar Asia Tenggara di Cyberjaya!

2 minggu sebelum Cyberfusion 2015

Waktu itu adalah lewat petang dan saya jenguk inbox Hotmail bagi kali ke-lima sejak pagi tadi. Akhirnya jumpa. Dicelah emel-emel antara dari rakan sekerja LinkedIn dan dari Soulfeel Jewelry, ada satu emel pengesahan yang lama dinantikan!

Hi Norliza Aini binti Abd Samad a.k.a Langkasuka,
We have received your payment and approved your registration.
Thanks for participating in the Cyberfusion 2015 LAN Party!!

Dengan muka dijahit senyuman lebar, langkah saya terasa ringan dan hampir nak menari ketika perjalanan balik ke rumah.

Halangan pertama yang perlu dilalui adalah cuba menjelaskan niat saya kepada kedua ibu bapa konservatif yang tak seberapa tech-savy. Mereka sangka LAN party adalah makan malam tahunan syarikat tempat saya berkerja.

“Aaah, tak. Ni acara 3-hari-2-malam berturut-turut. Masa malam nanti Liza tidur kat MMU (Universiti Multimedia). ”
“Bukan syarikat Liza yang buat?” tanya Ayah. “Liza ade group tak?”
“Err, tak.”
“Nak pergi seorang je?” Mak pulak nak panik.
“Aaaah, yup.”
“Abang Ihsan kan kerja kat MMU. Tido kat rumah dia lah.”
Abang Ihsan adalah saudara dekat yang tinggal di Seri Kembangan. Saya fikir pada aktiviti-aktiviti yang mungkin berpanjangan dan berlarutan and kata, “Hmm, mungkin tak tido kut.”

Sesi soal jawab bersama Mak dan Ayah berlarutan agak panjang tapi akhirnya saya dapat keizinan. Tak menghairankan, mereka lihat saya bagai seorang anak dara perempuan yang ingin pergi ke tempat yang jarang saya pergi, dengan barang-barang yang berat dan mahal. Saya perlu menjaga kesihatan dan keselamatan sendiri, di program yang seakan-akan bachelor party yang besar dan mungkin ramai lelaki-lelaki nerds yang kurang selesa untuk saya bergaul.

Saya hanya terfikir YOLO! 🙂

001
Nak adventure!

Bukannya saya tak ada rasa ragu. Nanti nak tidur dekat mana? Tempat itu selamat? Macam mana nak mandi atau solat? Kalau ada kecemasan nak hubungi siapa?

Saya tanyakan soalan-soalan ini kepada komuniti online gaming, di mana saya pertama kali dengar mengenai Cyberfusion 2015. Seorang gamer yang menyertainya pada tahun lepas menjelaskan pengalamannya; ramai orang berkumpul, tempat letak kereta yang sedikit, dan ramai gamers yang tertidur di kerusi dan masih memakai headphone.

“Ade tak perempuan yang main?” saya tanya.
“Entahlah. Agak-agak dalam 20 atau 30 orang kot?” die jawab dengan nada yang ragu.

Kalau lebih kurang 20 atau 30 gadis gamer sudah OK-lah. Asalkan bila saya nak jalan pergi ke bilik air atau surau, tidak terlalu sunyi dan keseorangan.

Cyberfusion 2015 – Hari Pertama

Pada pagi yang cerah itu, saya kumpul dan kemaskan PS4, TV monitor yang tak malu saiz besarnya, dan apa-apa barang berpatutan untuk dua malam (pakaian, ubat mandi, bantal busuk, dll). Tambahan lagi, saya juga bawa satu HDMI-DVI cable. Ikut status terbaru di Facebook Cyberfusion2015, pemain PS4 boleh pilih untuk meminjam skrin monitor MyCore dari pihak penganjur.

Sambil mengemas, saya juga ambil masa untuk menjawab mesej-mesej WhatsApp dari rakan-rakan sekerja yang mengetahui saya akan pergi ke sebuah pengembaraan. Rasa takut tak? Yalah, memang. Beg PS4 ada mangga kunci? Takda, nanti cari satu, terima kasih bagi tip itu. Dulu kerja di Cyberjaya kan? Nanti nak jalan-jalan ke? Ya, rindu nak makan dekat restoran yang ada meehoon tom yam sayur yang sangat sedap.

Saya sampai ke Grand Hall, MMU kira-kira pukul 3 petang, tepat pada masa kaunter daftar mula nak buka. Selepas pendaftaran dan mengumpul barang-barang peranti, saya masuk ke dalam dewan and beralih ke kawasan LAN party yang diapit oleh banner dan booth berwarna-warni dari rakan-rakan penaja seperti HyperX, Hotlink Game Reloads, Asus and Cooler Master. Ruang dewan amat besar, cukup dengan beberapa tapak badminton dan siling yang begitu tinggi. Kawasan LAN party penuh dengan barisan meja-meja panjang. Tiap baris meja ada tanda dengan satu huruf, ikut pilihan platform dan clan-clan gamers. Meja PS4 bertanda huruf ‘K’.

Rupa-rupanya di meja PS4 sudah ada beberapa gamers yang sudah pasang alat-alat mereka. Gang-gang yang duduk berdekatan dengan tempat saya adalah Melvin, Azmin dan AB. AB bukan sahaja bawa PS4, malah bawa Wii U juga! Mereka pernah datang ke Cyberfusion tahun lepas dan amat peramah sekali. Makin lama saya berborak dengan mereka, makin senang rasa hati untuk bergaul dan berinteraksi.

Gamer AB bawa Wii U dia sekali dan cukup controller untuk semua berkongsi.
Gamer AB bawa Wii U dia sekali dan cukup controller untuk semua berkongsi.

Lama-kelamaan, ramai lagi gamers PS4 datang dan memasang alatan mereka, termasuk dua rakan Destiny saya, Kei-End dan aYUSmi. Saya berbual dengan group dan dapat tahu apa game yang paling hangat sekarang (Call of Duty: Back Ops 3) dan apa game yang paling dinantikan (Star Wars Battlefront). Ada yang pernah main Destiny dari zaman Beta, sebelum tukar ke game-game lain. Kebanyakkan datang sebagai satu clan, atau ikut rakan seminat. Ramai juga ytelah ang menyerta Cyberfusion setiap tahun, sama ada dengan PC ataupun konsol.

Makan malam Nasi Ayam dengan minuman tin teh limau.
Makan malam Nasi Ayam dengan minuman tin teh limau.

Setelah kami makan malam dengan hidangan nasi ayam, mulalah majlis perasmian Cyberfusion 2015. Tuan pengacara Rinie Ramli menjelma di atas pentas beraksi bagai hero wayang Hindustan. Malangnya, lagu dramatic John Cena yang patut dimainkan telah mengalami gangguan teknikal, tambah-tambah dengan gelak ketawa ramai gamers yang berkumpul di depan. Take two, aaaand action! Gaya masuk En. Rinie kali kedua baru betul.

John Cena sudah cerita lama, bro. Mempersembahkan tuan pengacara, Rinie Ramli!
John Cena sudah cerita lama, bro. Mempersembahkan tuan pengacara, Rinie Ramli!

Selepas itu, majlis perasmian berjalan lebih lancar. Tahun ini acara diuruskan oleh kumpulan media gaming Spotgamers dan mereka telah mengadakan dua acara; LAN party 48-jam, dan Tournaments E-sports dengan game-game DOTA2, CS:GO, FIFA16, dan Ultra Street Fighter 4. Secara keseluruhan, lebih kurang 600 gamers telah berdaftar untuk Cyberfusion 2015, memang pencapaian terbaru yang amat membanggakan!

Terdapat sesi live-webchat dengan rakan-rakan gamers di negara matahari terbit; Cyberfusion 2015 edisi Japan! Pengacara dari Jepun itu, Solomon Freeman, terangkan perasaannya sambil menunggu untuk kendalikan LAN party di tempat sendiri. Kadang-kadang beliau bercakap sepenuhnya dalam bahasa Jepun dan live-webchat tersekat-sekat, tapi senyumannya yang amat besar dan suaranya yang sangat ceria dapat menyentuh hati gamers tempatan kita.

En. Rinie menerangkan Cyberfusion2015 edisi Japan.
En. Rinie menerangkan Cyberfusion 2015 edisi Japan.

Selepas majlis perasmian, aktiviti ice-breaking dijalankan. Setiap peserta dibahagikan mengikut barisan nombor kerusi. Ini menggalakkan gamers bergabung dengan gamers yang berlainan platform. Malangnya, maklumat ini terlepas semasa diterangkan dalam sistem audio, menyebabkan gamers keliru nombor group mereka yang mana betul dan di mana group tersebut. Suasana langsung tak serius dan ramai bergelak ketawa sambil cari kumpulan masing-masing. Hadiah-hadiah diberikan kepada mana-mana kumpulan yang paling pantas dapat selesaikan semua aktiviti ice-breaking.

Sesi ice-breaking. Mereka telah dipilih sebagai mangsa, errr, ketua kumpulan.
Sesi ice-breaking. Mereka telah dipilih sebagai mangsa, errr, ketua kumpulan.

Aktiviti berakhir lebih kurang pukul 11 malam, dan semua gamers sambung dengan game masing-masing. Kebiasaannya, game kegemaran saya adalah Destiny dari Bungie, sebuah game first-person shooter yang bercampur unsur online role-playing. Sambil menunggu game loading, saya periksa Internet connection dan berasa puas bila nampak betapa lajunya connection. Memang ada lag sikit, tapi tidak seteruk seperti apabila Mak atau Kakak saya yang banyak download menggunakan Internet di rumah!

Walaupun connection Internet adalah laju, ada juga pada sesetengah masa yang tak disangka boleh tiba-tiba terputus dan menyebabkan hilang progress online gaming. Lepas disconnected dari multiplayer di mana saya sudah dapat kill-streak yang sangat bagus (10 kills no death!), saya rasa hairan kenapa Cyberfusion yang dulu pernah memenangi Guinness World Record boleh tersekat Internet-nya pada malam pertama.

Rupa-rupanya ada juga gamers yang sempat download torrent secara sorok-sorok. Pihak penganjur telah melarang torrent downloads kerana ia boleh memberi kesan kepada bandwith Internet. Larangan terbaru diberikan dari sistem suara dan lama-kelamaan, makin kurang isu-isu disconnetion.

Pada pukul 2 pagi, dewan MMU terasa amat sejuk menggigil. Tapi lampu dewan masih terang dan banyak gamers masih aktif dalam sesi gaming. Saya pula sudah terasa sangat mengantuk. Sambil kumpul barang-barang untuk tidur, saya minta diri dan berterima kasih kepada jiran-jiran gamers PS4 yang masih menembak, melumba dan menghancurkan musuh demi mencecah markah tertinggi. Ada yang berjanji akan jaga barang-barang saya pada malam itu kerana mereka akan tidur di stesen mereka masing-masing.

“Korang semua tak tidur ke?” – itulah yang bermain di fikiran saya sebelum saya menarik selimut di surau perempuan.

Cyberfusion 2015 – Hari Kedua

Oh ya, gamers di Cyberfusion 2015 memang akan tidur. Ada yang tidur berdengkur, menguap, tidur mengomel tapi masih lekat di kerusi masing-masing walaupun tak diikat. Malah, tangan mereka masih juga pegang mouse atau keyboard atau controller masing-masing seolah-olah kena superglue. Tapi boleh tiba-tiba pula gamers bangun dengan mata cerah dan sambung lagi main game macam tak pernah pause sekejap pun. Saya teringatkan buku-buku corporate power-napping yang dibaca dulu dan terbayangkan gamers macam ini lah yang mengarang buku-buku tersebut!

Veteran gamers ini tak kisah suasana dewan amat sejuk. Mereka sudah sedia dengan jaket tebal.
Veteran gamers ini tak kisah suasana dewan amat sejuk. Mereka sudah sedia dengan jaket tebal.

Tak semua gamers buat benar-benar gaming 48-jam tanpa henti. Apabila saya balik ke meja sendiri untuk sedikit alas perut sebelum sarapan (coklat Peppero dalam simpanan), ada nampak juga gamers yang masih lagi di atas ‘katil ‘ atau berselimut betul-betul di depan alat-alat peranti mereka. Terutamanya gamers yang rajin bawa kerusi gaming sendiri dari rumah.

Gamer AB dalam beg mayat, err, beg tidur.
Gamer AB dalam beg mayat, err, beg tidur.

Dan ada juga gamers yang benar-benar camping dalam dewan. Ya betul, dengan khemah dome dan berkongsi tilam. Gamers yang datang dari sejauh Kuantan dan Johor telah datang untuk menyertai Cyberfusion 2015. Jadi, pihak penganjur telah sediakan ruang khas untuk gamers berkhemah. Wow itu sudah hard-core, bro.

Walaupun dalam keadaan tidur, gamers tak nak duduk jauh dari tempat gaming.
Walaupun dalam keadaan tidur, gamers tak nak duduk jauh dari tempat gaming.

Sarapan yang disediakan pada pagi hari kedua adalah nasi lemak, karipap kentang dan donut. Selepas itu, saya terus sambung sesi multiplayer.

Saya dalam game mode 6v6 semasa dua saudara yang kacak dari JOMGaming datang membuat lawatan mengejut! Bertambah meriah suasana apabila datangnya beberapa lagi pemain Destiny yang saya kenali. Saya terkejut, gembira, dan sedikit gemuruh, terutamanya apabila mereka lepak duduk dan tengok saya get rekt’d – di mana sebelum ini saya ok je main.

Ok, mungkin saya lebih gemuruh dari yang disangka.

Saat yang paling tidak boleh dilupakan adalah apabila geng Destiny saya, Eddy, Sham, Aie dan Badd datang menjenguk. Saya tak pasti macam mana diorang boleh lepas masuk tanpa sebarang pass kebenaran, tapi kalau ada sesiapa yang pandai buat kerja-kerja mencilok ini, memang diorang lah orangnya! Sham tinggal berdekatan dan JOMGaming ajak kitorang semua pergi makan tengah hari dekat sebuah restoran Arab berdekatan.

JOMGaming dan rakan gamer Destiny sempat datang!
Geng Destiny yang datang menjenguk!

Inilah antara detik-detik berharga di mana kami dapat berjumpa dan bergelak ketawa. Sebelum ini, hanya di dunia gaming kami berkongsi menari, menunduk, menembak, dan teabag antara satu sama lain.

Yang paling mengujakan sekali adalah apabila Sarah aka Akirien dan beberapa gadis gamer Destiny lain dapat ikut serta dan bersembang selepas makan tengahari. Selepas bersurai, saya pulang ke Grand Hall MMU dengan Sarah kerana dia teringin melihat macam mana acara ini dijalankan. Saya sempat kenalkan dia dengan gamer-gamer PS4 lain dan kami jenguk game-game yang diorang sedang main. Sarah pun terserempak dengan seorang kawan lama di sini!

“Ade banyak ke perempuan main?” tanya Sarah.

Oh, tak terfikir pun. Sudah nak habis hari kedua dan saya pun tak perasan jumlah sebenar gamer perempuan yang ada. Ada juga gadis gamer yang berjalan-jalan di kawasan dewan tapi kebanyakkan dari mereka adalah petugas-petugas acara ini atau ahli keluarga gamers yang datang melawat. Semalam, hanya saya dan seorang lagi gadis gamer yang tidur di surau.

Kemudian, Saya dan Sarah jumpa port baik. Kitorang pun apa lagi, selfie duo lah!

Akirien and Langkasuka selfie!
Akirien and Langkasuka selfie!

Sebab waktu masa itu adalah hujung minggu, ia adalah sesi Trials of Osiris untuk Destiny. Ia memang game mode yang sangat kompetitif dan memerlukan perhatian dan komunikasi yang tinggi. Tapi nasib saya tak seberapa baik sebab tak menyangka beberapa pekara penting.

Oleh sebab ada lebih kurang 300 gamers dalam dewan, acara Cyberfusion 2015 pastinya bukan acara yang sunyi. Kadang-kadang ada aktiviti cabutan bertuah dan nama pemenang dilaung kuat dari sistem suara. Ada juga pertandingan memasang CPU dengan cara paling pantas dan betul.

Berhenti sekejap dari gaming untuk memasang alat peranti gaming.
Berhenti sekejap dari gaming untuk memasang alat peranti gaming.

Ada juga pertandingan mini yang berlangsung di atas pentas. Gamers seronok bermain friendly matches dengan macam-macam game co-op seperti Rocket League dan permainan mereka dipaparkan di skrin projektor dewan yang bersaiz besar.

JomBaca: Cyberfusion 2015: Tournament E-Sports Bermula!

Walaupun saya sangka suasana boleh jadi bising, saya tak jangkakan yang tidak mempunyai USB headset yang baik boleh mengganggu sesi gaming saya. Ia tidaklah sebising konsert U2. Tapi tanpa headset gaming yang baik dengan kebolehan noise-cancellation, rakan-rakan saya dalam party chat PS4 terasa amat sukar untuk dengar suara saya ataupun suara antara satu sama lain kerana kuatnya bunyi di sekitar.

Dengan ikhlas, saya mengundur diri dari party chat and menerangkan keadaan saya di group WhatsApp (terima kasih sebab memaafkan saya!). Untuk malam berikutnya, saya sambung latihan PvP 6v6 multiplayer mode, untuk bersedia apabila datangnya Destiny’s Iron Banner minggu depan.

Selepas makan malam lewat yang menyediakan keropok lekor dan satay ayam yang enak (seorang empat batang sahaja, ok!), dewan jadi semakin sejuk sampai tangan saya terasa tidak selesa untuk memegang controller. Saya pun tengok jiran-jiran PS4 saya main COD: BO3 Zombies yang beraksi hebat dengan co-op split-screen. Kemudian, saya pun beredar ke tempat tidur dan bermimpi dunia yang penuh dengan zombie, ala-ala tahun 1940-an.

Gamer NinjaUS (kanan) dengan set up yang begitu canggih. TV monitornya yang paling besar dalam dewan.
Gamer NinjaUS (kanan) dengan set up yang begitu canggih. TV monitornya yang paling besar dalam dewan.

Cyberfusion2015 – Hari Ketiga

Selepas sarapan mee goreng dan sepotong hot dog, saya ambil masa pagi untuk berjalan-jalan di dalam dewan.

Disebabkan komuniti PC gaming adalah sangat besar di Malaysia, dan saya seorang ‘scrub’ yang curiga, saya nak juga menjenguk alat-alat peranti yang di bawa oleh LAN party gamers. Memang mereka menguasai antara gaming rigs paling canggih yang pernah saya lihat di luar Instagram. Ada CPU dengan casing berwarna-warni. Ada CPU dengan casing lutsinar dan disalut cooling tubes bercahaya. Ada juga CPU yang bentuk begitu aerodinamik dan diisi lampu-lampu LED. Ada juga gaming monitor-monitor yang besar and berkilat, dari jenama yang tak pernah dengar ataupun boleh baca. Nak katakan kagum, memanglah Cyberfusion 2015 antara bukti betapa gamers Malaysia sangat tekun untuk mendapatkan alat-alat gaming yang terbaik.

Ianya merupakan hari terakhir Cyberfusion 2015 dan banyak acara hari itu ditumpukan kepada pusingan terakhir e-sport tournament. Pihak penganjur telah menyediakan peralatan dan perkakasan di sudut dewan dan para peserta tidak perlu membawa perkakasan gaming mereka sepertimana dilakukan oleh peserta LAN party. Barisan demi barisan komputer dengan monitor ASUS disusun diapit oleh kerusi menunggu untuk para peserta yang menantikan pusingan untuk mereka bertanding.

Hari ini juga hari terakhir dan banyak aktiviti tertumpu pada pusingan-pusingan terakhir bagi beberapa tournament. Pihak penganjur sudah sediakan alat-alat gaming khas untuk pertandingan, jadi peserta tournament hanya perlu bawa rakan sejuang dan semangat untuk menang. Ada juga barisan kerusi untuk peserta menunggu sebelum giliran mereka.

Pertandingan FIFA16 menjadi makin hangat.
Pertandingan FIFA16 menjadi makin hangat.
Gamers DOTA2 sedang bersiap sebelum mula.
Gamers DOTA2 sedang bersiap sebelum mula.
Ruang peserta Tournaments yang penganjur telah sediakan.
Ruang peserta Tournaments yang penganjur telah sediakan.

Acara Tournaments peringkat separuh akhir berjalan sejak pagi dan sambung lepas makan tengahari (nasi putih dengan ayam rendang dan minuman jus oren atau blackcurrant). Peringkat akhir pula disiar secara besar-besaran bagi penonton-penonton di dewan. Pertandingan menjadi makin menarik, lebih-lebih lagi apabila seorang peserta FIFA 16 di peringkat akhir berumur 12 tahun dan baru sahaja mengambil peperiksaan UPSR. Ada juga pasukan yang datang jauh dari Singapura dan Indonesia semata-mata untuk bertanding dengan gamers Malaysia.

Dengan cerianya acara Tournaments pun akhir dengan lengkap. Di majlis penutup, pemenang-pemenang semua berkumpul di atas pentas dengan bangga dan berbaris untuk menerima pelbagai hadiah tajaan Corsair Gaming, Cudo Technologies, Razer, and TECH Armory. Kegembiraan jelas terpapar di wajah mereka semasa mereka bergambar kenangan di Cyberfusion 2015.

Pemenang-pemenang FIFA16!
Pemenang-pemenang FIFA 16!

Bagi saya dan LAN party gamers yang lain, waktu sudah menghampiri pukul 6 petang dan tiba masanya untuk berkemas. PC dan console semuanya dimatikan, TV monitor dicabut, dan kabel-kabel USB disimpan. Beg-beg semua dikemas balik, selimut dan tuala dibalut, dan sampah-sampah dimasukkan dalam plastik-plastik sampah yang disediakan oleh dua orang kakak. AB pun dapat jumpa satu troli yang tidak digunakan. Kami tolak keluar barang-barang elektronik yang berat dekat pintu depan Grand Hall, dimana kereta semua sedia dengan but belakang sudah dibuka.

Dapat menang satu micro USB flash drive di cabutan bertuah. Nice!
Dapat menang satu micro USB flash drive di cabutan bertuah. Nice!

Kami singgah tunggu sampai habis majlis penutup, di mana pihak pihak penganjur dan rakan penganjur Esports Malaysia (ESM) memberi ribuan terima kasih kerana sudi hadir dalam konvensyen yang amat penting dalam komuniti gaming Malaysia. Semasa ucapan itu kami bertukar PSN ID masing-masing. Saya juga berjanji akan membeli Call of Duty: Black Ops 3 supaya dapat main bersama mereka.

Pengalaman saya di Cyberfusion2015 amat mengagumkan. Saya berinteraksi dengan komuniti gaming yang lebih besar dari clan Destiny saya. Saya dapat tengok dan cuba game terbaru dan paling popular di kalangan gamer-gamer PS4. Saya dapat belajar pasal add-ons dan alat-alat perkakasan yang penting dan wajib ada (wajib beli Razer Kraken!). Lebih-lebih lagi, KontrolFreek di DS4 saya pun sudah haus!

Akan saya datang balik untuk Cyberfusion 2016? Sudah pasti! Jaga-jaga ya, pemain-pemain Call of Duty semua!

Comments

comments