Cyberfusion, pemegang rekod Guinness World Book Of Record bagi LAN Party paling lama di dunia, kini kembali menggegar dunia gaming tempatan!

cyberfushion-1

Cyberfusion yang memegang rekod dunia sejak 2009 bagi LAN Party paling lama pernah diadakan – selama 40 jam tanpa henti seramai 276 peserta, akan dianjurkan untuk edisi 2015 pada 13 hingga 15 November ini.

LAN Party Ini Sebenarnya Apa?

Bagi korang yang pertama kali mendengar tentang event seperti ini, LAN Party adalah acara di mana gamers dari seluruh negara berkumpul, membawa peralatan dan perkakasan gaming masing-masing seperti PC, monitor, console dan headset, untuk bermain game kegemaran masing-masing. Ini bermakna, para peserta akan main, makan, minum, bangun dan tidur dengan game sampai lebam selama 3 hari 2 malam!

Berikut ialah sedikit maklumat mengenai LAN Party ini:

  • Tempat:
    MMU Grand Hall, Cyberjaya, Malaysia
  • Tarikh:
    13-15 November 2015
  • Masa:
    3:00PM (13th November 2015) hingga 6:00PM (15th November 2015)
  • Jumlah maksimum peserta:
    300 peserta
  • Yuran Pendaftaran:
    RM100 / peserta
  • Peserta akan dibekalkan dengan:
    – Cyberfusion 2015 Limited Edition T-Shirt
    – LAN Cable Connection & Internet
    – Power Sockets
    – 3-4 hidangan makanan sehari
    – 2 Tandas untuk lelaki dan perempuan
    – Tong sampah
    – Ruang untuk tidur (beg tidur tidak disediakan)
  • Peserta perlu membawa:
    – PC / Console
    – Monitor
    – Mouse & Keyboard
    – Headset (No speakers please)
    – Bantal, Selimut, Beg Tidur (Jika perlu)
    – Pakaian (Jika perlu)

Cyberfusion-2

Apa yang menarik tentang event ini ialah tiada halangan untuk korang main game apa pada LAN Party ini, asalkan korang boleh bermain bersama rakan-rakan gamers lain. Namun, korang digalakkan untuk bermain game-game yang popular di Malaysia seperti Battlefield 4, Counter Strike: Global Offensive, Destiny, DOTA 2, FIFA, Street Fighter dan lain-lain bagi memeriahkan lagi suasana!

Jadual bagi LAN Party ini:

Itinerary1_Cyberfusion_2015

Itinerary2_Cyberfusion_2015

Korang boleh dapatkan maklumat lebih lanjut tentang LAN Party ini DI SINI!.

Tournament Pun Ada!

Selain itu, beberapa tournament juga bakal dijalankan pada hujung minggu itu. Berikut ialah maklumat tentang tournament tersebut:

Cyberfusion-3

Korang boleh dapatkan maklumat lebih lanjut tentang kesemua tournament tersebut DI SINI.

Korang boleh dapatkan semua maklmuat mengenai Cyberfusion 2015 di laman web rasmi mereka di cyberfusion.org atau boleh layari event ini di Facebook diorang.

+++++

So, amacam korang? Inilah masanya untuk korang meluaskan kenalan korang dalam dunia gaming tempatan. Boleh sembang-sembang, tak payah guna party chat dah! Kasi layan gaming sampai lebam lah!

Comments

comments