Nampaknya Crash Bandicoot bukan hanya eksklusif untuk PlayStation sahaja.

Game remastered paling laku keras di PS4 tahun lepas bakal menembusi katalog ke platform lain.

Crash Bandicoot N. Sane Trilogy adalah gabungan tiga game Crash Bandicoot iaitu Crash Bandicoot, Crash Bandicoot 2: Cortex Strikes Back dan Crash Bandicoot 3: Warped yang dibangunkan oleh Naughty Dog pada tahun 1996 sehingga 1999 khas untuk PlayStation 1.

Kini dibangunkan oleh Vicarious Visions dan diterbitkan oleh Activision, Crash Bandicoot N. Sane Trilogy pernah diura-urakan untuk keluar ke Xbox One dan nampaknya ini bukan sekadar berita kosong sahaja.

Selain Xbox One, Crash Bandicoot N. Sane Trilogy akan dikeluarkan untuk Switch dan PC juga.

Menurut pembentangan Nintendo Direct pada hari ini, Crash Bandicoot N. Sane Trilogy bakal tiba di Switch, Xbox One dan PC kesemuanya pada hari serentak iaitu pada 10 Julai 2018. Woah!

JomBaca: Crash Bandicoot N. Sane Trilogy: Boleh Beli or Boleh Blah!?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.