Sedih mendengar Crackdown 3 ditunda kali ke-tiga ke Februari 2019…

Crackdown 3 adalah videogame bergenre open-ended adventure dengan grafik bertemakan cel-shaded dengan enjin fizik yang mengabaikan logik akal. Tambahan pula, setiap karakter korang nanti berkuasa luarbiasayang membolehkan pemain melakukan apa-apa aktiviti atas kreativiti pemain sendiri.

Asalnya Crackdown 3 sepatutnya keluar pada 2016 lagi. Tetapi beberapa isu teknikal dan beberapa masalah dalaman studio menyebabkan videogame ini dikira memasuki ‘development hell’. Akhirnya, dengan penglibatan dari artis terkenal, Terry Crews, Crackdown 3 akhirnya menjadikan game ini suatu kenyataan. Jom kita lihat beberapa skrinshot dari game ini.

Crackdown 3 akan keluar pada platform Xbox One dan PC melalui Windows 10 Store

Comments

comments