Remedy Entertainment buat kejutan pulak!

Remedy Entertainment telah memberikan kejutan semasa di persidangan media Sony di E3 dengan memaparkan game pengembaraan aksi third-person shooter terbaru iaitu Control. Control ini pula menampilkan ciri-ciri yang hampir sama seperti dalam game mereka sebelum ini iaitu Quantum Break (eksklusif di Xbox One).

Berdasarkan kepada kenyataan trailer ini, pemain akan mengawal watak utama, Jesse Faden, yang mana merupakan seorang pengarah baru di syarikat “Bureau of Control”. Dia akan menentang musuh yang mempunyai kuasa ghaib yang digelar sebagai “Hiss” yang sering membuat bunyi tidak menyenangkan.

Pemain akan boleh meneroka ke dalam bilik-bilik besar ibu pejabat Bureau yang digelar sebagai The Oldest House yang boleh berubah bentuk. Pemain juga perlu mencari upgrades untuk Service Weapon yang juga boleh berubah bentuk yang boleh digunakan untuk menentang Hiss dan membongkar lebih banyak misteri kuasa ghaib itu.

Ia masih tidak jelas sama ada Control mempunyai kaitan dengan Quantum Break atau tidak.

Control akan hadir pada tahun 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sumber: the verge

Comments

comments