Korang dah main demo CoD: Black Ops 3? Terbaik kan? Artikel kali ini adalah tips untuk korang yang baru bermain CoD ataupun yang bakal membeli Black Ops 3 kelak. Bagi otai-otai CoD pula, pasti ada tips yang boleh di-share. Jom tengok!

Kitorang di JomGaming pun teruja bermain game tu dari weekend lepas after <first impression> kitorang! Treyarch boleh menang besar kali ni and DICE boleh tutup kedai kalau asyik release game yang separa siap dan buggy ehem*BF4*ehem.

3 tahun Treyarch berdiam-diam ubi dalam siri CoD, ternyata diorang masih berbisa. Dengan kehadiran pelbagai pilihan Specialist, aksi berlari di dinding ala Titanfall dan juga pelbagai pilihan senjata dan gadget – pasti takkan mengecewakan peminat game FPS. Apa pon, jom tengok apa tips dan tricks yang dapat kami umpil dari beta ini.

Tektik asas

black-ops-3-41. Jangan terlalu ghairah nak membunuh, nanti korang yang terbunuh!
Walaupun nampak simple tektik ini, ia adalah penting kerana jika anda sprint, anda akan menarik perhatian pihak enemy. Lebih bagus jika anda slow down dan gunakan enviroment untuk cover dan ambush mangsa-mangsa yang terlalu ghairah.

2. Agak-agakla nak wall run tu.
Walaupun movement dalam Black Ops kali ini harus dipuji kerana rasa natural, jangan terlalu menggunakan wall run. Penulis sendiri banyak membunuh enemy yang syok sendiri nak wall run tak kene tempat.

3. Tembak hanya jika korang yakin dapat kill.
Bila korang tembak menggunakan senjata, korang akan appear dalam mini map. Ini akan membuatkan enemy juga mencari korang!

Black-Ops-3_Specialist-Outrider4. Belajar berperang dalam mode Domination.
Dalam mode ini kill-death ratio tidak mempengaruhi menang atau kalah. Selagi memegang majoriti flag, pasukan korang berpeluang untuk menang. Disamping itu, mode ini juga memberikan XP yang membantu untuk korang level up.

5. Perhatikan mini map dan keadaan sekeliling!
Pergi ke kawasan yang pasukan anda tak ada. Kemungkinan besar pasukan enemy akan lalu disitu dan cuba untuk ambush!

6. Belajar membaling grenade dan secondary grenade.
Walaupun selalu diabaikan, bom tangan merupakan senjata yang efficient dalam FPS. Tactically, korang boleh halang lane, paksa musuh lari keluar dari bersembunyi, cek hit marker untuk enemy detection etc.

Specialists

black-ops-3-21. Charge Battery adalah pilihan yang bagus untuk gamers yang baru nak berkecimpung dalam CoD:BO3. Minah ni memiliki ability Kinetic Armor yang mampu menyelamatkan korang disaat-saat yang genting. Power Weaponnya War Machine juga sangat berguna kerana peluru dari weapon tersebut mampu menembusi cover-cover yang nipis.

Black-Ops-3_Specialist-Seraph2. Seraph juga merupakan satu pilihan yang bagus jika menggunakan revolver kerana ia mampu memberikan 1-shot kill apabila disertakan special ability.

Tips Classes

Black-Ops-3_Stronghold_Broken-Arrow_WM1. Gunakan token dengan sebaiknya.
Token digunakan untuk unlock pelbagai benda seperti senjata, add-on, Specialist ability dan perk. Jika tersalah guna, korang pasti menyesal dikemudian hari.

2. Upgrade weapon yang korang selesa memakai.
Dapatkan upgrade untuk weapon-weapon yang penting seperti Quickdraw (untuk aim lebih pantas), Long Barrel (dapatkan jarak efficient menembak lebih jauh) dan Stock (menambah accuracy). Jika korang kekurangan Token, ARK-7 dan Kuda SMG adalah weapon yang menarik sebagai permulaan.

3. Dapatkan perk Sixth Sense.
Ia bertindak sebagai motion sensor berjarak dekat!

4. Perk Black Hat juga merupakan perk menarik.
Perk ni boleh bagi korang merembat scorestreaks pihak lawan!

Tips Tambahan!

Black-Ops-3_Specialist-Reaper1. Gunakan Concussion atau flashbang? grenade pada enemy yang sedang berlari di dinding. Tengok macamana diorang tergolek macam lalat kene spray ngan Shieldtox.

2. Korang juga boleh memusnahkan scorestreaks pihak lawan menggunakan senjata specialist.

3. Jangan knife ketika buat wall running. JANGAN!

4. Korang tak perlu hold X ketika wall running. Hanya tekan X lagi sekali untuk lompat dari dinding.

5. Mungkin reassign button jump ke butang trigger/bumper supaya thumb korang tak bergerak dari analog stick!

Comments

comments