Acara ini istimewa untuk mode zombiiieeeee! 

Acara Double XP Weekend ini telah diumumkan oleh Infinity Ward khas untuk mode Zombies in Spaceland melalui laman Twitter mereka. Mode co-op ini telah mengambil idea dari taman tema pada tahun 80-an dan penuhkan ia dengan zombie!

Mode ini dibintangi pelbagai pelakon suara yang agak terkenal seperti Seth Green, David Hasselhoff, Jay Pharoah, Sasheer Zamata, dan Paul Reubens.

Double XP Weekend telah pun bermula dan bakal berakhir pada 15hb November, 2AM waktu Malaysia.

Publisiti sebegini memang amat diperlukan untuk Call of Duty siri kali ini, kerana ia dilaporkan kurang mendapat sambutan berbanding keluaran-keluaran sebelumnya.

Comments

comments