Teringin untuk bertarung dalam francais Call of Duty di angkasa lepas? Inilah peluangnya!

Activision bakal memberikan anda peluang untuk mencuba Call of Duty: Infinite Warfare secara percuma selama 5 hari di PlayStation 4.

Sesi percubaan percuma ini akan bermula pada 16 Disember 2016, Jumaat, 2 pagi (waktu Malaysia), dan akan berakhir pada 21 Disember 2016, Rabu, 2 pagi.

Anda boleh dapatkan sesi percubaan ini dengan menaip “Call of Duty: Infinite Warfare free trial” di PlayStation Store.

Berikut adalah apa yang anda boleh mainkan sepanjang 5 hari tersebut:

  • 2 mission pertama dalam story campaign
  • Online multiplayer, di mana level maksimum akan diberikan sehingga level 15 sahaja
  • Mode Zombies, di mana level maksimum akan diberikan sehingga level 3 sahaja

Baru-baru ini, video trailer pengenalan Call of Duty: Infinite Warfare turut tersenarai dalam video game trailer paling banyak ditonton di Youtube sepanjang tahun 2016.

Comments

comments