Diumumkan dalam livestream oleh Square Enix dan Dengeki baru-baru ini.

Dalam livestream 21 minit itu, dapat kita lihat aksi-aksi baru untuk action RPG terbaru dari PlatinumGames dan mereka telah berkongsi beberapa info mengenai game tersebut apabila dimainkan di PS4 Pro.

Antaranya ialah, paparan untuk PS4 Pro akan mempunyai kebolehan motion blur dan menurut livestream terbabit, ia membantu feel yang lebih lancar semasa pertarungan.

PS4 Pro juga akan mempunyai ekspressi persekitaran yang lebih teliti, sebagai contoh pencahayaan yang lebih jelas jika dibandingkan dengan versi PS4 standard.

Disamping itu, efek bayang di PS4 Pro juga kelihatan lebih teliti dan kemas.

Bagi mereka yang ingin melihat aksi paparan yang diambil diatas, sila rujuk pada masa berikut (11:20 to 15:11, 16:50 to 21:24, 28:19 to 40:48).

Demo NieR: Automata akan boleh dicuba oleh peminat siri ini pada 22 Disember kelak dan game penuh bakal diterbitkan pada Mac 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.