Masa untuk korang reka ninja korang sendiri untuk beraksi!

Naruto to Boruto: Shinobi Strikers telah diumumkan oleh Bandai Namco dan ia akan menyajikan pemain dengan pelbagai watak-watak dari siri Naruto dan juga Boruto. Namun begitu, ia juga akan memberikan peluang kepada pemain untuk mencipta watak ninja mereka sendiri.

Dikenali sebagai Avatar System, pemain akan berpeluang untuk menguasai pelbagai jutsu untuk digunakan dalam single player mode dan juga multiplayer mode! Disamping itu, pemain juga boleh memilih jantina, rupa, senjata dan aksesori yang hendak digunakan pada watak ciptaan korang.

Saksikan pelbagai aksi gameplay dan kebolehan Avatar System bagi Naruto to Boruto: Shinobi Strikers dalam trailer Gamescom 2017 dibawah.

Comments

comments