Kalau Max dapat putarkan masa, Chloe dapat kuasa apa pula?

Kuasa luar biasa seperti ditonjolkan dalam Life is Strange merupakan elemen besar yang mampu mempengaruhi jalan cerita dan setiap keputusan anda.

Untuk prekuel ini juga, Chloe juga memperoleh kuasa baru dipanggil sebagai ‘backtalk’.

Melalui temuramah bersama IGN, penulis utama Life is Strange: Before The Storm, Zak Gariss memperkenalkan kuasa ‘backtalk’ khas untuk Chloe berfungsi sebagai satu mekanisme unik untuk pemain selami perasaan Chloe semasa Chloe rasa licik atau emosional.

Sifat memberontak dan tidak puas hati dengan segala-galanya memang tidak dapat dipisahkan dengan remaja seluruh dunia.

Gariss berkata, “Idea ‘backtalk’ ini memberi peluang kepada Chloe untuk mendesak jawapan yang dia mahukan daripada seseorang melalui mini-game pilihan dialog khas.”

Berbeza daripada kuasa putaran masa Max, kuasa ‘backtalk’ ini adalah satu gameplay unik lebih mendalam dan lebih sinonim dengan Chloe kerana personalitinya yang lebih berterus terang mahukan apa yang dia nak.

“Before The Storm juga akan menampilkan pelbagai sisi personaliti Chloe yang tidak pernah ditonjolkan dalam Life is Strange sebelum ini dan saya rasa peminat berpeluang untuk lihat sisi Chloe sebagai remaja kelakar, baik atau dibawa arus emosi,” jelas Gariss.

Sebelum ribut membadai, Life is Strange: Before The Storm menceritakan tentang hubungan rapat antara Chloe Price dan Rachel Amber sebelum misteri kehilangannya di Arcadia Bay.

Keakraban Chloe dan Rachel adalah fokus utama Before The Storm

Beberapa karakter dikenali dalam Life is Strange juga akan kembali untuk Before The Storm seperti Frank, Samuel dan juga termasuk Max dalam episod bonus berjudul “Farewell”.

Life is Strange: Before The Storm akan tiba pada 31 Ogos 2017 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Comments

comments