PlayerUnknown’s Battleground atau lebih dikenali dengan PUBG ialah salah satu kisah yang paling berjaya pada tahun 2017 dan tiada siapa yang jangkakan ia akan bergerak perlahan atau jatuh dari radar pada tahun 2018.

CEO kepada pembangun PUBG di PUBG Corp, Chang Han Kim berkata dalam temu ramah bahawa beliau berharap game itu suatu hari nanti akan boleh didapati di “setiap platform”. Bukan itu sahaja, beliau juga mengatakan tentang bagaimana matlamatnya untuk menjadikan PUBG sebagai sebuah “francais media yang universal” yang mana boleh dipanjangkan lebih daripada sekadar game ke TV dan filem.

PUBG sekarang boleh didapati di PC dan konsol melalui perkongsian eksklusif dalam masa terhad dengan Microsoft untuk edisi Xbox One. PUBG akan kekal sebagai game eksklusif Xbox One “untuk beberapa waktu”. Walaupun mungkin yang lain akan jangkakan yang ia akan keluar PlayStation 4 dan platform lain. “Jika kami ada peluang, matlamat kami adalah untuk melancarkannya ke setiap platform,” katanya.

PUBG edisi PC yang baru-baru ini dilancarkan secara rasmi dipanggil sebagai versi 1.0 sementara versi Xbox kekal belum siap dalam program Game Preview. Walaupun tidak siap, versi Xbox One tetap hangat dan telah terjual sebanyak 1 juta salinan dalam masa 48 jam. Kim menambah bahawa permainan itu telah “terjual dengan ketara” sejak dari itu dan secara keseluruhannya game itu berjaya di Xbox One sebagai “lebih baik” daripada apa yang dijangkakan.

Chang Han Kim, CEO PUBG Corp.

Kim menjelaskan bahagian apa yang menyebabkan PUBG tidak dikeluarkan ke PS4 buat masa ini (di luar penjanjian eksklusif dengan Microsoft) adalah kerana sistem Sony tidak mempunyai program Early Access/Game Preview. Isu ini juga berlaku kepada game seperti Ark: Survival Evolved, yang mana dilancarkan lebih awal di Xbox One dari PS4.

“Early Access dan Game Preview ialah seperti pra-keluaran. Jadi mereka tiada sekatan terhadap kualiti. Manakala, PlayStation sangat ketat terhadap ini. Terdapat beberapa kes di mana sebuah game mengambil masa selama 6 bulan lebih untuk dilancarkan walaupun ianya sudah pun lengkap. Kami masih lagi berada di tahap untuk mempelajari persekitaran pembangunan konsol dan apa yang disukai oleh gamer konsol. Kami perlu fikirkan tentang platform lain selepas menilai dan menyelesaikan versi Xbox dahulu.”

Kim juga bercakap tentang cita-citanya untuk menjadikan PUBG lebih daripada sekadar game. “Saya mahukan PUBG menjadi sebagai sebuah francais media yang universal berdasarkan game. Kami mahu mengambil bahagian dalam pelbagai industri termasuklah esport, filem, drama, kartun, animasi dan banyak lagi. Malah, kami menerima beberapa panggilan daripada beberapa pembina di Hollywood dan Netflix.”

“Impian kami adalah untuk membina budaya baru berdasarkan video game melalui beberapa cara dan perlu mengetuai budaya itu.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.