Kerajaan Poland bermurah hati memberikan dana USD27.4 juta bagi pembangunan game!

Developer-developer besar di Poland menerima sejumlah dana daripada National Center for Research of Development sebagai sebahagian daripada inisiatif pembangunan industri gaming tempatan.

Dana bernilai 116 juta zloty, bersamaan USD27.4 juta tersebut akan diberikan kepada Techland, CI Games, Bloober Team, Flying Wild Hog dan banyak lagi, dan CD Projekt Red menerima jumlah dana terbesar!

CD Projekt Red, developer yang membangunkan The Witcher III mendapat sejumlah USD7 juta ke arah projek pembangunan multiplayer, pengalaman cinematic, animasi terbaik dan pembikinan bandar in game yang berlandaskan kepintaran buatan dan automasi. Pembangunan teknologi ini dijangka adalah bagi pembangunan  Cyberpunk 2077, game terbaru daripada CD Projekt Red.

Techland pula menerima dua geran dana – satu daripadanya adalah untuk pembangunan game RPG fantasi first person. CI Games pula akan mengkaji algoritma AI, manakala The Farm 51 akan mengkaji grafik 3D photorealistic dan potensi AR dan VR bagi simulasi peperangan.

Kerana kejayaan CD Projekt Red dan Techland, industri gaming di Poland mula berkembang, dan suntikan dana sebegini dijangka akan memacu kejayaan industri mereka nanti.

Comments

comments