Capcom mempunyai perancangan gergasi untuk siri Monster Hunter.

monster-hunter-00

Dalam sebuah sesi temubual oleh Esuteru, Pengarah Capcom iaitu Kenzo Tsujimoto menyatakan mereka akan mengambil peluang untuk meluaskan pasaran siri Monster Hunter sempena penjualan konsol yang sangat memberansangkan. Ini kerana, PS4 dijangka akan terjual sebanyak 100 juta menjelang tahun 2020 manakala sekitar 50 juta unit pula bagi Xbox One.

Walaupun tidak mengiyakan bahawa siri Monster Hunter bakal tiba ke konsol seperti PS4 dan Xbox One, Kenzo Tsujimoto juga bertegas bahawa ia merupakan salah satu cara utama untuk memberi pendedahan yang lebih meluas mengenai siri tersebut.

Buat masa ini, kebanyakkan siri Monster Hunter berfokus pada platform hand-held seperti Nintendo 3DS.

Comments

comments