Nak sangat BigBoss review game, bakmai BigBoss review Call of Duty: Black Ops 3! Jom layan sekejap review kali ini – Boleh Beli or Boleh Blah!?

Masa Beta CoD:BO3 nih keluar arituh, kitorang kat JomGaming memang dah tertarik dengan pembaharuan yang dibawakan CoD kali ini. Feature Specialists dalam mode multiplayer BO3 sememangnya sesuatu yang refreshing dalam CoD! Dan aspek mobility ala Titanfall juga memberikan pengalaman yang sukar digambarkan bestnye tuh!

JomBaca: TitanCall of Destiny: Black Ops III Beta

Persoalan yang kerap timbul dengan francais CoD bukanlah “Ada ke CoD tahun nih?”, tetapi, “Best ke CoD tahun nih?”. Sememangnya itu persoalan yang common bagi mereka yang kenal dengan gameplay CoD yang copy-paste aje tetiap tahun.

BO3_Intro

Jawapan kepada persoalan ini adalah “YA’ dan “TIDAK’. YA kerana ianya menampilkan beberapa features yang tampak fresh dan inovatif, TIDAK kerana ianya masih CoD at heart, dengan issues yang membuatkan korang either love it or hate it!

APA YANG ADA DALAM BLACK OPS 3!?

Banyak review sites yang mengatakan BO3 kali ini menampilkan 3 pengalaman gaming shooter dalam 1 game – Campaign story mode, Multiplayer mode dan Zombies mode. Tapi semasa proses review ini, penulis terjumpa satu lagi mode game shooter lebih santai yang akan penulis huraikan selanjutnya.

CAMPAIGN MODE – MACAM TENGOK MOVIE BRO!

Korang akan memulakan campaign story mode single/co-op player ini dengan mereka character korang sendiri. Buat pertama kali dalam sejarah CoD, korang boleh pilih untuk bermain sebagai character wanita! So, apalagi, penulis pon test try tengok!

BO3_Character2
Treyarch bijak menulis skrip yang uniseks dengan voice-acting yang benar-benar menghidupkan watak askar wanita pilihan penulis.

Dalam mode ini, Treyarch cuba mengisahkan dunia 40 tahun selepas kejadian Black Ops 2 yang telah menghasilkan teknologi robotics dan cybernetics bagi pasukan ketenteraan mereka. Korang akan start cerita ini sebagai seorang askar yang diserang pasukan askar robot, dan korang akan kehilangan anggota kaki dan tangan dengan cara yang paling ngeri sekali!

BO3_Campaign
Cinematic sequence korang kene operate (upgrade?). Macam tengok movie sci-fi blockbuster dah!

Yup, korang akan end up dilengkapkan dengan kaki dan tangan cyborg! Dan sepanjang story ini selepas itu, korang akan unlock Power Core cybernetics dan korang boleh gunakan Super Powers yang pelbagai dari hacking drones dan robot lawan, sehinggalah ke melancarkan nanobots untuk meleraikan badan enemy organik! Hardcore!

BO3_Campaign2
Awek Battlestar Galactica dan mamat Law & Order: SVU nih antara wajah familiar berlakon dalam Black Ops kali ini.

Jika dilihat kepada setpiece, backstory dan plot twists yang cuba ditimbulkan, ternyata BO3 ini berjaya mengekalkan identiti CoD dalam membawakan penceritaan in-game yang cinematic – macam tengok movie aksi perang gitu!

BO3_PowerCore HackDrone
Antara kebolehan Power Core korang adalah mengawal drones!

Campaign mode BO3 menampilkan 11 mission dengan gameplay termasuk cutscene selama 45 minit ke sejam bagi setiap mission. Kalau bermain solo, mission-mission ini memang kelihatan luas dan kosong. Tetapi jika dimainkan secara Co-op sehingga 4 orang, map design yang membolehkan multiple lane of approach menjadikan ianya suatu pengalaman yang best, apatah lagi dimainkan dengan Power Core abilities yang awesome!

MULTIPLAYER MODE – TWITCH SHOOTER YANG LAJU DAN MENGGILA!

Character yang korang susah-susah design dan unlock Power Core tadi tak boleh digunakan dalam Multiplayer mode BO3. Instead, korang boleh memilih dari 9 unlockable Specialist masing-masing dengan Power Weapon dan Special Ability masing-masing.

BO3_MPScreen
Hensem tak character multiplayer penulis nih!

Progression skill tree dan weapon upgrades tiada apa yang istimewa sangat. Apa yang menarik adalah gameplay multiplayer itu sendiri. Map design yang memaksa combat di chokepoints, kepelbagaian lane of approach dan disertakan mobility wall-run dan boost-jump mechanics seperti dalam Advanced Warfare – menjadikan gameplaynya mencemaskan dan pada masa yang sama exciting!

BO3_MPGUI
Map yang sempit dan berliku boleh buat korag diserang pada bila-bila masa saja!

Bagi player yang baru bermain game FPS, mesti akan rage dengan high intensity mode ini. Lebih baik korang bermula dengan game tactical shooter multiplayer yang lebih slow-paced dan masih reward tactical playstyle seperti Battlefield 4 dan mungkin Destiny. Dah ada basic skillset strategic shooter, cuba kembali ke BO3. Korang akan lebih appreciate aksi fast-paced twitch shooter nye tuh nanti.

JomBaca: CoD:Black Ops 3: Jom Own Medan Peperangan!
BO3_MP
Main camping aje nih. Nasib aje nih. Ehem.

Secara keseluruhannya ada 10 mode gameplay yang pastinya familiar kepada player-player FPS seperti Domination, Capture the Flag, Deathmatch, Bomb Defuse, Escort dan macam-macam lagi. Terdapat juga game-mode versi hardcore dengan limited health dan tiada mini-map bagi mereka yang benar-benar inginkan realism dalam peperangan FPS.

ZOMBIES MODE – JOM BUNUH ZOMBIES ZAMAN 40AN!

Zombies mode Shadows of Evil yang dimainkan secara Co-Op ini pula pada pendapat penulis antara Zombie mode terbaik pernah dikeluarkan CoD. Dengan setting di dalam dunia 1940an, voice acting yang benar-benar in-character dan quirky, gaya penceritaan dengan pengaruh Lovecraft, gabungan permainan Horde Mode Shooter + dungeon crawler dan levelling skill XP yang basic tapi boleh boleh tahan – sememangnya ini mode shooter terbaik untuk lari dari aspek dunia dystopia BO3.

BO3_Zombie
Pujian harus diberikan kepada art direction Zombies mode. Penulis benar-benar terasa seolah-olah dalam bandar US era 40an!

Dalam mode ini, korang akan bermain dengan 3 lagi players untuk collect artifacts, dan explore dunia Morg City sambil menahan serangan zombies yang menggila! Kerjasama amat diperlukan untuk survive, dan sekiranya seorang player tumbang, good luck la nak menahan gelombang zombies yang mendatang!

Call of Duty®_ Black Ops III_20151121170635
Kalau mati awal, korang jadi spectator ajela sambil tunggu next round.

ARCADE MODE – TEMBAK-TEMBAK SANTAI

Inilah dia mode keempat yang penulis bagitau di awal ulasan ini tadi. Nak unlock mode arcade ni pon kene ada caranya kerana mode ini hidden di dalam Safehouse!

BO3_Arcade
Tergelak penulis tengok menu game ni first time. Memang sangat arked 80an! Even intro cutscene game ini dirender dalam bentuk 8bit!

Korang kene masuk ke dalam menu komputer Data Vault, highlight menu ‘Emblem’ kemudian gerakkan cursor ke atas, kemudian tekan butang ‘Jump’ untuk memaparkan menu Dead Ops Arcade 2: Cyber’s Avenging. Tekan ‘Jump’ sekali lagi untuk memainkan map ini.

BO3_Arcade1
Grenade launcher sikit dalam horde zombie nih. Simply satisfying.

Sejujurnya, penulis boleh layan santai game shooter top-view ni sebelum tido, sebab takde stress adrenaline rush sangat selagi korang ada basic dalam zoning dan space control yang baik. Penulis tidak jauh bermain di dalam mode ini, tetapi khabarnya ada banyak mode lain seperti Dirt Rally di mana korang kene berlumba juga!

THEATRE MODE – MAHU JADI YOUTUBER?

Selain daripada gameplay shooter yang intense, penulis juga leka menghabiskan masa di dalam Theatre mode. Korang ada killstreak yang gile mantap? Masuk ke dalam Theatre mode ini, download game session tersebut dan rekod video aksi sebentar tadi dari POV mana-mana character!

Lagi best, korang boleh pilih antara 3 mode camera bagi menjadikan montage clip korang lebih cinematic! Gunakan feature slo-mo, multi angle shots, fast cuts dan gunakan video editor pilihan korang untuk menghasilkan clip montage yang boleh menjadikan korang bintang Youtuber CoD masakini!

APA YANG TAK BEST PULAK?

Sepertimana kebanyakan game-game AAA masakini, glitch sememangnya tidak dapat dielakkan! Kalau glitch dalam story mode seperti yang terjadi kat penulis dalam video di bawa nih, mungkin boleh dimaafkan lagi.

Tapi masalahnya kalau glitch bagi mode multiplayer pulak macamana? Ada sahabat yang melaporkan untuk mengajak kawan-kawan dalam menu multiplayer amatlah susah – glitch pada menu itu sendiri menyebabkan pencarian kawan-kawan untuk diajak bermain bersama jadi impossible!

Ada beberapa ketika juga terdapat spike pada connection internet menjadikan rubberbanding dan sedikit lag pada gameplay multiplayer. Bayangkan saat gameplay PvP yang intense dan pantas itu, boleh pulak enemy tak damaged, padahal ada hit markers yang menandakan setiap peluru yang hit! Penulis anggap ajelah connection internet 30MB/s ini kadang-kadang tersedak tertelan plug.

Seperti yang dihuraikan dalam bahagian Mode Multiplayer di atas, learning curve dalam mode ini sememangnya tinggi. Buat pulak bila berhadapan dengan CoD Veterans yang selamba aje drag shot guna sniper. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi lah kalau korang baru pertama kali menjejakkan kaki ke dalam dunia CoD! Peminat tactical shooter seperti Battlefield juga mungkin akan sedikit rage dengan ketiadaan bullet drop dan destructible landscape – tapi ini adalah CoD. Tolak realism ke tepi dan frag aje semua benda yang bergerak!

So, Boleh Beli or Boleh Blah!?

 Kadang-kadang terdapat bug dan glitch dalam gameplay.
 Masih prone kepada rubberbanding dan lag.
 Multiplayer dengan learning curve yang tinggi bagi mereka yang baru mula bermain shooter.

+ Storyline yang best, dengan aksi cinematic dalam movie.
+ Multiplayer yang seronok gila bila dah dapat rhythm dan tempo permainan.
+ Zombie mode dengan gameplay co-op yang kemas dan menarik.
+ Arcade mode untuk dimainkan secara santai!
+ Grafik yang cantik dan membayangkan dunia cybernetics masa hadapan.
+ Mainan runut bunyian yang sesuai pada masa storyline dan suasana peperangan.

Keputusan: BOLEH BELI!

[su_box title=”JomBeli!” box_color=”#ff0000″]Khas untuk pembaca JomGaming! Korang boleh beli Call of Duty: Black Ops 3 dengan menghantar JGBO3 ke Inbox Partner Seller kitorang dan dapatkan diskaun RM5!

Dapatkan penghantaran PERCUMA terus ke kawasan korang bagi yang menetap di Lembah Klang![/su_box]

Comments

comments

REVIEW OVERVIEW
Grafik
9
Audio
8
Gameplay
7
Storyline
9
Replay Value
8
Previous articleFallout 4: Boleh Beli or Boleh Blah!?
Next articleThe Frankfurt Major 2015: Team OG Kejutkan Pasukan Pilihan, Team Secret!
BigBoss
Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam advertising, copywriting dan strategic brand planning – beliau penat handle clients. Sekarang, beliau nak handle JomGaming.my sepenuh masa! Mula bermain game Digger dalam floppy 8 inci di IBM PC, beliau kemudian menjadi hantu game FPS, FG, dan sebarang eSports sejak dilanda demam tournament CS dan SFII dari zaman remaja lagi.