Beberapa DLC tambahan dan juga credit tambahan bagi Grand Theft Auto Online.

Menurut wccftech, Microsoft Store telah mendedahkan beberapa info mengenai pre-order bagi Red Dead Redemption 2. Khas bagi mereka yang melakukan sebelum 31 Julai, mereka akan menerima DLC Tresure Map yang bakal boleh diakses melalui Story Mode.

Di samping itu, mereka yang melakukan pre-order akan menerima:

  • The War Horse
  • The Outlaw Survival Kit
  • Duit tambahan dalam Story Mode
  • Bonus GTA$500,000 dalam Grand Theft Auto Online.

Red Dead Redemption 2 akan diterbitkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One pada 27 Oktober kelak. Setakat ini, tiada pengumuman untuk samada ianya akan tiba untuk PC.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.